KENYATAAN MEDIA
9 DISEMBER 2013
PERUTUSAN HARI ANTI-RASUAH SEDUNIA
9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil dari resolusi 58/4 bertajuk “United Nations Convention against Corruption”.
Hari ini diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan bahaya korupsi dan rasuah serta keperluan akan suatu usahasama antarabangsa bagi menangani bersama permasalahan ini.
Korupsi dan langkah pembanterasan rasuah pada mana-mana peringkat dan kadar, perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kesedaran harus wujud agar mana-mana bakal penerima dan pemberi rasuah boleh terus dihapuskan.
Korupsi dan rasuah yang berkekalan akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak. Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.
Hasil ketirisan ini telah mengurangkan pendapatan negara yang akhirnya menyebabkan pertambahan bebanan hidup rakyat melalui pengurangan subsidi bahan keperluan asas seperti gula, elektrik, petrol dan pertambahan cukai kepada rakyat seperti cukai GST yang bakal dilaksanakan kelak.
Kerajaan perlu melipatgandakan usaha-usaha membanteras korupsi dan rasuah pada mana-mana peringkat dalam mana-mana bentuk. Ini memandangkan Malaysia hanya mampu mencapai tangga ke-53 daripada 177 negara dalam Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38.
Terbukti permasalahan korupsi dan rasuah dilihat semakin berterusan walaupun setelah berbagai program transformasi politik dan ekonomi dipergiatkan. Jelas, tiada tekad politik dan kesungguhan dari pihak kerajaan untuk memerangi gejala korupsi dan rasuah secara habis-habisan.
Pada hari Anti-Rasuah sedunia ini, marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha membanteras korupsi dan rasuah yang seharusnya bermula dengan menambahkan kesedaran individu serta masyarakat awam akan bahaya korupsi dan rasuah berterusan melalui pendedahan isu-isu semasa yang berkaitan.
Pimpinan negara perlu menjamin tatakelola yang baik dengan tekad tegas membanteras rasuah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Isnin, Disember 09, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Amerika Syarikat beri amaran tahap empat Covid-19, jangan ke Malaysia - SURI LAILAAmerika Syarikat memberi amaran kepada rakyatnya untuk tidak melakukan penerbangan ke Malaysia berikutan Malaysia dikatakan sudah mencapai tahap ...Sejam yang lalu
-
-
MENGAMBIL WANG KWAN TANDA MAHIADDIN TERDESAK - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin benar-benar terdesak sekarang. Jika tidak terdesak, masakan duit masa depan generasi akan data...4 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Kelima* *TINDAKAN PANTAS * TEMPOH sebulan yang ditetapkan oleh doktor pakar ENT Hospital Kuala Lumpur (HKL) *Dr Zakinah Yahya* untuk aku menjalani...7 jam yang lalu
-
PAS Sedia Jadi 'Orang Tengah' Bagi Selesaikan Pertelingkahan Di Antara UMNO Dan BERSATU - PASIR PUTEH - PAS sedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara men...10 jam yang lalu
-
UMNO Akan Rehatkan 'Kluster Mahkamah'? - PUTRAJAYA: Keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 2009 mungkin dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Ahad ini bagi meminta pemimpin yang...17 jam yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...