Pakatan Rakyat memberikan kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak agar menghentikan siri kenaikan kos sara hidup, atau berhadapan risiko kehilangan jawatan sebagai perdana menteri dalam masa terdekat jika terus berbuat demikian.
Amaran keras itu dilontar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang percaya kedudukan Najib sekarang semakin goyah, berdasarkan dapatan tinjauan badan pengkaji Merdeka Center, baru-baru ini.
"Dalam banyak-banyak yang naik, ada satu yang turun - populariti Najib yang semakin turun.
"Kalau dia berani naikkan apa-apa lagi, dalam masa tiga atau empat bulan ini dia akan terpaksa turun daripada jadi perdana menteri.
"Kalau berani dia naikkan harga barang, kita akan turunkan Najib Razak daripada kerusi perdana menteri," kata anggota Parlimen Pandan itu di ibu negara lewat malam semalam.
Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen 'Faham GST, Tolak GST' yang disempurnakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tinjauan Merdeka Center mendapati populariti Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus dalam bulan Disember dan merekod tahap paling rendah sejak dilantik sebagai perdana menteri pada September 2009.
Tinjauan itu dibuat selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang bermula pada Januari 2014.
Terkini, pemilik hartanah di Kuala Lumpur bakal berhadapan kenaikan kadar cukai taksiran bermula bulan Januari 2014.
Sidang khas bincang aset negara
Sementara itu, Anwar dalam ceramahnya berkata beliau akan menggesa Najib mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan kemungkinan aset negara dijual untuk memperbaiki kadar defisit negara seperti dilaporkan Bank Dunia.
Menurut Anwar, perkara itu dipersetujui pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menerusi mesyuarat yang berlangsung sebelum pelancaran kempen malam tadi.
"Jadi hari Isnin surat akan sampai kepada Datuk Seri Najib, kena ada sidang khas parlimen (untuk bincangkan) kenapa jual aset negara," kata Anwar.
Terdahulu, beliau melancarkan kempen 'Faham GST, Tolak GST' di kawasan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Walaupun hujan turun renyai-renyai sehingga menyebabkan padang basah dan lecak seperti sawah padi, majlis itu tetap berjaya menarik kehadiran kira-kira 500 orang yang setia menunggu sehingga acara selesai.
Majlis yang bermula pada jam 9.30 itu hanya selesai kira-kira sepuluh minit sebelum jam 12 tengah malam.
Turut hadir adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Malaysiakini
Ahad, Disember 22, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Cina DAP ni buat hal lagi, orang yang dibantu, bantu orang lain pula - BORHAN AHMADIngat lagi Cina DAP ini. Steven Sim Chee Keong, si Kristian DAP yang cuba untuk mendapat publisiti murah dengan membantu orang Melayu sebagaima...51 minit yang lalu
-
-
MENGAMBIL WANG KWAN TANDA MAHIADDIN TERDESAK - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin benar-benar terdesak sekarang. Jika tidak terdesak, masakan duit masa depan generasi akan data...3 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Kelima* *TINDAKAN PANTAS * TEMPOH sebulan yang ditetapkan oleh doktor pakar ENT Hospital Kuala Lumpur (HKL) *Dr Zakinah Yahya* untuk aku menjalani...6 jam yang lalu
-
PAS Sedia Jadi 'Orang Tengah' Bagi Selesaikan Pertelingkahan Di Antara UMNO Dan BERSATU - PASIR PUTEH - PAS sedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara men...9 jam yang lalu
-
UMNO Akan Rehatkan 'Kluster Mahkamah'? - PUTRAJAYA: Keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 2009 mungkin dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Ahad ini bagi meminta pemimpin yang...17 jam yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...