Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 07, 2013

Fitnah II: Anwar mahu gugurkan Shafee melalui SD Mat Zain

KUALA LUMPUR 7 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan menyingkirkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengendalikan pendakwaan dalam kes rayuan Fitnah 2 menggunakan Akuan Bersumpah (SD) Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Messrs Karpal Singh & Co sudah memfailkan permohonan tersebut semalam.

“Alasan bagi permohonan baru ini terkandung dalam afidavit yang saya failkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Permohonan tersebut berdasarkan SD yang dibuat pada 7 Oktober 2013 oleh Mat Zain yang didedahkan kepada umum pada 2 Disember lalu.

Dalam SD berkenaan, kata Anwar, Shafee mengetahui tindakan Gani sengaja menyembunyikan bukti penting mengenai Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2007, menyebabkan Malaysia kehilangan pulau itu kepada Singapura.

Shafee juga memberitahu Mat Zain “Anda tidak akan percaya jika anda melihat jumlah wang tunai dipindahkan ke dalam akaun Gani di Hong Kong”.

Anwar berkata, SD Mat Zain juga memberitahu Shafee bersetuju bahawa Dr Abdul Rahman Yusof, seorang perunding forensik di Hospital Kuala Lumpur mereka keterangan dalam siasatan kes mata lebam membabitkan Ketua Umum KEADILAN itu pada 1999.

SD itu juga mendedahkan Shafee berpendapat tiga panel yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman membebaskan Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam dakwaan menyalahgunakan sampel DNA membabitkan Anwar.

“Pendedahan mengejutkan ini mendedahkan pengetahuan Shafee berhubung pembabitan Gani dalam mereka bukti dan jenayah lain, yang melibatkan diri saya,” kata Anwar.

KeadilanDaily

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...