Katanya, Anwar merupakan pemimpin Melayu pertama yang memecahkan tembok perkauman dan membentuk kerjasama politik antara kaum.
Bercakap kepada Malaysiakini, MP Padang Serai itu berkata ia menjadi intipati mesej Anwar sejah bertahun-tahun lamanya.
Surendran berkata, mesej berkenaan berjaya memecahkan cengkaman kaum Umno dan BN.
"Dalam konteks ini, perjuangan Anwar selari dengan perjuangan Nelson Mandela untuk menghentikan politik perkauman,” katanya.
Tambahnya, Anwar juga berulang kali menyebut bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memburu pemimpin BN selepas berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
"Akan ada suruhanjaya kebenaran dan perdamaian seperti di Afrika Selatan. Perjuangan ini bukanlah mengenai balas dendam tetapi untuk menyelamatkan negara,” katanya.
Katanya, seperti juga Mandela, Anwar turut dikurung atas tuduhan yang diada-adakan dalam konspirasi politik untuk menamatkan karier politiknya.
Kerajaan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...