Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 30, 2013

Kenyataan Media Terkini!!! Anwar Ibrahim..

KENYATAAN MEDIA 30 November 2013
WAKIL RAKYAT KEADILAN SELANGOR SUMBANG SEBAHAGIAN KENAIKAN GAJI KE TABUNG PENDIDIKAN

Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut. Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

 Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti. Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.

 Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
    

1 ulasan:

  1. Terbaik DSAI.inilah yg dikatakan pemimpin berjiwa rakyat bkn sprti pihak penguasa asyik mengumpul harta dan menekan rakyat.sekejap umum naik tu sekejap naik ni

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...