Selasa, Disember 03, 2013

Anwar Ibrahim pertikaikan Shafee tidak laporkan Isu Batu Putih


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai kegagalan peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah melapor kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan salah laku melibatkan peguam Negara Tan Sri Gani Patail dalam kes Pulau Batu Putih.

 Ketua umum PKR itu sekaligus mempersoalkan kredibiliti Shafee yang kini bertindak sebagai pendakwa dalam kes liwat II. Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan Shafee itu sebagai satu "jenayah" kerana ia merupakan satu perkara serius melibatkan kedaulatan wilayah Malaysia sedangkan Shafee didakwa mengetahui perkara yang dibangkitkan itu.

 "Peranan Tan Sri Shafee Abdullah, dia ada maklumat tentang perkara yang serius yang melibatkan wilayah negara dan maklumat ini telah tidak disampaikan. "Ini maknanya ia telah tidak menyerahkan keterangan atau membuat laporan kepada polis atau SPRM. Ini juga merupakan satu jenayah.

 "Maka saya akan berbincang dengan peguam, untuk membuka semula kes Tan Sri Shafee Abdullah ke mahkamah (untuk digugur sebagai pendakwa). "Kalau orang dan kredibiliti begini, boleh menyimpan rahsia tentang akaun dan peguam negara di Hong Kong dan (kini) jadi pendakwa dalam kes rayuan saya di Mahkamah Rayuan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan barisan peguamnya termasuk Karpal Singh untuk menyegerakan tuntutannya menggugurkan Shafee di Mahkamah Persekutuan. Anwar demikian dalam sidang media di lobi parlimen seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, yang diperolehinya pagi ini.

 Malaysiakini

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng