Memetik laporan Harakah Daily, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka mencadangkan supaya peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, namun Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York.
Riza adalah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi perkahwinan terdahulu.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London dan beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti serta hartanah.
Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street”.
Seorang kolumnis hiburan menulis berkenaan pembelian kondominum mewah itu, pada Disember 2012 tetapi hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya dan mempersoalk pembelian itu.
Kondominium terbabit dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, selain mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik daripada beranda seluas 1,244 kaki persegi.
Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel, pada 19 November lalu.
LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali daripada Timur Tengah dan Asia serta hanya akan membiayai filem itu sahaja.
Penghasilan Wolf of Wall Street dilaporkan membabitkan US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.
Selangorkini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...