Khamis, Disember 19, 2013

PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor - Anwar Ibrahim

PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.

Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.

 “Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN,” katanya.

 Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini. Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.

 Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi.

Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi. “Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.

 tol naikSebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,”katanya lagi.

 Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat.

“Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina,” katanya. Oleh sebab itu, Anwar n kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai.

 “Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,”katanya lagi. -EZY

 Selangorkini

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng