Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 24, 2013

Pecah Berita!!! Kadar tol naik besar-besaran lepas Anwar dipecat BN

KUALA LUMPUR 24 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang memainkan peranan penting untuk membekukan kenaikan tol lebuh raya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan.
SimAhli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, Anwar pada ketika itu menggunakan kuasanya untuk membekukan kenaikan tol sebanyak beberapa kali.

“Selepas beliau (Anwar) dipecat daripada kerajaan, kenaikan tol menjadi urusan setiap tahun, dan akhirnya membawa kepada kenaikan tol besar-besaran pada tahun 1999 hingga 2000,” kata Tze Tzin dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua perjanjian konsesi tol digubal dan diluluskan Unit Perancang Ekonomi di bawah kuasa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tze Tzin yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, Menteri Kerja Raya yang bertindak menandatangani perjanjian konsesi berkenaan sebagai wakil kepada kerajaan Malaysia.

“Peranan Menteri Kewangan adalah untuk mentadbir kontrak selepas ia ditandatangani. Tidak syak lagi Anwar adalah Menteri pada tahun 1991 hingga 1998 iaitu semasa kontrak itu dimeterai, tetapi beliau hanya mewakili dasar yang ditetapkan BN dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa Anwar bertanggungjawab terhadap perjanjian konsesi lebuh raya di Malaysia membuktikan beliau (Tee Yong) mula mendapat suntikan ‘viagra politik’.

saya_suka_bayar_tolBagaimanapun semangat yang ditunjukkan pemimpin MCA itu bagaikan ‘tidak kena tempat’ apabila terpaksa menuding jari kepada Ketua Umum KEADILAN untuk menutup kegagalan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah.
Tze Tzin menggesa pimpinan baru MCA supaya bangkit menentang kenaikan tol dan mempertahankan rakyat Malaysia daripada berdepan tekanan itu dengan menyertai perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Katanya, MCA perlu mencontohi Pakatan Rakyat Selangor yang mengarahkan anak syarikatnya selaku pemegang saham untuk membantah kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) baru-baru ini.

“Kerajaan Selangor yang memiliki pegangan saham melalui anak syarikatnya bertindak tegas untuk menghentikan kenaikan tol di Kesas.

“Bagaimana pula dengan MCA? Apa yang telah mereka buat?
“Jika mereka gagal untuk bersuara demi kepentingan rakyat, ia hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa MCA tidak berkuasa dalam BN,” katanya.

 Selangor Kini

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...