PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan kepada 19 Dis untuk mendengar
permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan peguam kanan Tan
Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam rayuan pihak
pembela terhadap pembebasan pemimpin pembangkang itu daripada tuduhan
meliwat.
Hakim Aziah Ali, yang mempengerusikan panel tiga anggota, hari ini
menetapkan tarikh itu setelah meluluskan permohonan peguam Tommy Thomas,
yang mewakili Anwar, agar pihaknya diberi lebih banyak masa untuk
menjawab affidavit Muhammad Shafee yang diterimanya pagi ini.
Sementara itu, pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan Anwar
daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, yang dijadual berlangsung
hari ini, juga ditangguhkan apabila peguam Karpal Singh, yang mewakili
Anwar dalam kes itu, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Sabtu
lepas (7 Dis) kerana jangkitan paru-paru.
Aziah juga menetapkan 19 Dis sebagai tarikh pengurusan kes berhubung rayuan pendakwa.
Mahkamah juga meminta Anwar hadir di mahkamah pada pendengaran akan
datang. Anwar tidak hadir pada pendengaran hari ini kerana menghadiri
seminar di Washington, Amerika.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 6 Dis, Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan
Muhammad Shafee daripada pasukan pendakwa. Kali ini, beliau menggunakan
maklumat yang terkandung di dalam perisytiharan berkanun bekas pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim sebagai asas
untuk memfailkan permohonan baharu bagi mengetepikan Muhammad Shafee.
Permohonan pertama beliau ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun ini dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan juga ditolak.
Permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Muhammed Shafee adalah
berdasarkan kesahan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan
kepentingan kerana beliau (Muhammad Shafee) dikatakan menjadi saksi
penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan
melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26,
di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10
petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu.
Dalam prosiding hari ini, Thomas memohon diberi lebih banyak masa
untuk memfailkan afidavit balas mereka, manakala Muhammad Shafee mahu
kes itu dibicarakan secepat mungkin dan membayangkan kepada mahkamah
kesediaan beliau membatalkan percutian agar kes itu dapat didengar.
Aziah berkata mahkamah tidak memiliki salinan afidavit Muhammad Shafee.
Setelah prosiding berakhir, peguam yang mewakili Anwar dan pendakwa dilihat memasuki kamar hakim.
Sementara itu, Ram Karpal Singh, seorang lagi peguam yang mewakili
Anwar, memberitahu pemberita bahawa Anwar menghantar sepucuk surat
kepada mahkamah untuk memohon prosiding hari ini ditangguhkan kerana
beliau perlu menghadiri seminar di Amerika.
Dalam afidavit membantah permohonan Anwar untuk mengetepikan beliau,
Muhammad Shafee berkata Anwar membuat cubaan secara sengaja, sedar dan
tekal untuk mengetepikannya daripada menjadi pendakwa dalam kes itu
dengan menumpukan permohonannya kepada alasan remeh serta menyusahkan
dan tindakan ini merupakan perbuatan menyalahgunakan proses mahkamah
kerana ia dicipta untuk menyebabkan berlakunya kelewatan maksimum dan
penangguhan yang tidak mempunyai merit.
Dalam afidavit itu, Muhammad Shafee menafikan beliau memberi komen
berkaitan dakwaaan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail
berhubung kekalahan Malaysia dalam perbicaraan kes Batu Puteh kepada
Singapura.
HarakahDaily
Senarai Blog...Geng
-
8 maut, Perodua Alza bertembung pacuan empat roda di Pan Borneo - CHERINE JONAnggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Alza yang remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, be...2 jam yang lalu
-
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Hingga Sabtu - *PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semena...10 jam yang lalu
-
PMX SENDIRI AKUI MARKAH D DIPEROLEHI MADANI - Berdasarkan jawapan Perdana Menteri di Parlimen hari ini, beliau secara jelas tidak menyanggah markah D yang diberi Bersih kepada kerajaan madani pimpin...16 jam yang lalu
-
APA PUN PANDANGAN BERSIH, HANYA CAKAP TANPA ADA PUN PEMBENTANGAN DAN PERDEBATAN MENGENAI KERAJAAN REFORMASI. - JANGAN MUSUHI DAN DIHARAP JUGA JANGANLAH SAMPAI ADA LAPORAN POLIS TERHADAP BERSIH 21 November 2024 Lantaran selama ini beranggapan Anwar Ibrahim ad...16 jam yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Rabu, Disember 11, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...