“Pejabat AG mempunyai ratusan timbalan pendakwaraya yang berkelayakan. Shafee takkan mampu memberikan perbicaraan yang adil. Lantikan Shafee sebagai pendakwaraya mesti ditarik semula,” kata jurucakap LFL, Eric Paulsen (gambar).
Kata Eric, Shafee adalah peguam Umno yang terkenal dan muncul di mahkamah sebagai penasihat dalam banyak kes melibatkan kepentingan Umno.
Shafee juga menjadi peguam kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan musuh-musuh politik Anwar.
Malah, Shafee sendiri terlibat dalam beberapa perbicaraan melibatkan kes fitnah berprofil tinggi yang difailkan Anwar.
“Manakala pendakwaraya bukan menentukan kesalahan, melainkan memastikan seseorang tertuduh menerima perbicaraan dengan adil,” kata Eric.
Berdasarkan pelbagai fakta didedahkan kata Eric, Shafee tidak boleh melaksanakan peranannya sebagai pendakwaraya tanpa curiga, prejudis dan campur tangan politik.
“Tarik semula pelantikan Shafee sebagai pendakwaraya dari mengetuai pejabat AG dalam kes ini,” tegas Eric.
KeadilanDaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...