Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, berkata jika benar kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar tol, mereka diminta untuk mendedahkan terma perjanjian konsesi kepada umum dan jangan menggunakan alasan tidak masuk akal.
“Jika benar telus, dedahkan berapa kos pembinaan sesuatu lebuh raya dan jumlah kutipan yang dibuat sepanjang ia beroperasi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya dihubungi Selangorkini bagi mengulas desas-desus bahawa kadar tol di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang akan dinaikkan pada tahun hadapan.
Dakwaan itu mula timbul ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa kerajaan pusat akan membuat keputusan sama ada kadar tol akan kekal atau dinaikkan, pada awal Januari ini.
Fadillah berkata, kerajaan pusat dapat menjimatkan sehingga RM 400 juta setahun jika bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dihentikan.
“Kerajaan juga berkali-kali menjawab kepada saya di Parlimen bahawa mereka sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kadar tol dan kesesakan trafik di lebuh raya sekitar Lembah Klang.
“Adalah tidak masuk akal untuk tol dinaikkan sedangkan kenderaan yang menggunakan lebuh raya semakin hari meningkat, bermakna banyak juga kutipan tol yang dikaut syarikat konsesi. Jadi, kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dan bukannya menaikkan kadar tol,” katanya.
-NFN-
Selangorkini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...