Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Jun 05, 2013

Terkini!!! Demo PJ: Chegubard mengaku tidak bersalah


Demo PJ: Chegubard mengaku tidak bersalah

Aktivis PKR dan NGO Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan berkaitan penganjuran perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Petaling Jaya bulan lalu.

Pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu dituduh gagal memaklumkan kepada pihak polis sepuluh hari lebih awal, seperti disyaratkan dalam Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Badrul , 35, yang lebih dikenali sebagai Chegubard yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Shaharuddin Wan Ladin. Chegubard tidak diwakili peguam.

Hakim Mahkamah Sesyen Yasmin Abdul Razak menetapkan pengurusan kes pada 9 Julai bagi memberi masa kepada Chegubard mendapatkan peguam.

Beliau juga membebaskan tertuduh kerana Chegubard datang sendiri ke mahkamah dan bekerjasama penuh dengan polis apabila saman hadir ke mahkamah dikeluarkan padanya.

"Dia tidak cenderung untuk ponteng mahkamah," katanya sambil mengingatkan Badrul supaya hadir ke semua prosiding.

Malaysiakini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...