Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 11, 2013

PANAS!!! TAKLIMAT PARLIMEN MALAYSIA DI BOIKOT!! MEMALUKAN KERAJAAN BN KAH KAH KAH..

 MEMO

MP Bakri wakil tunggal Pakatan ke taklimat Parlimen

Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal untuk hadir dalam sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.

Menurut Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hanya seorang sahaja ahli parlimen dari pembangkang yang hadir pada sesi taklimat tersebut iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.

"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.

"Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat tersebut.

Pandikar juga menjelaskan bahawa kehadiran bagi sesi pagi ini adalah tidak wajib.

"(Sesi) ini adalah untuk Ahli Parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, ketidakhadiran ahli parlimen tersebut akan menjadikan perkara lebih rumit kerana mereka perlu mengambil tempahan untuk baju uniform serta memohon kad pengenalan ahli parlimen.

MalaysiaKini
    

2 ulasan:

  1. kerajaan kerajaan tipu speeaker pun speaker tipu

    BalasPadam
  2. LAGI DIBIARKAN IDUP,LAGI BESAR PENIPUUUNYA.
    SATU MALAYA SUDAH TAHU.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...