Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 01, 2013

Panas!!! Ribuan laporan polis penyelewengan PRU-13 di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, ribuan laporan polis berhubung penyelewengan pilihan raya umum ke-13 telah dibuat di seluruh negara sebagai persediaan untuk memfailkan petisyen di mahkamah.

Format_Report“Saya difahamkan laporan polis berkenaan penyelewengan pilihan raya di seluruh negara telah mencecah beberapa ribu,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata, KEADILAN turut dibantu puluhan sukarelawan yang terdiri daripada profesional antaranya peguam, auditor dan akauntan.
“Kita masih dalam proses mengumpul bahan bukti oleh saudara Wong Chen (ahli parlimen Kelana Jaya). KEADILAN juga sedang mendapatkan nasihat undang-undang,” tambahnya yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Sivarasa memaklumkan, beliau sendiri akan mengetuai laporan polis  oleh anggota KEADILAN Cabang Subang melibatkan kawasannya di IPD Subang Jaya esok.
Terdahulu, pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengetuai pasukan ‘Siasat PRU 13′ mendedahkan pelbagai penyelewengan pilihan raya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR).

Antara penyelewengan yang berlaku ialah dakwat yang tidak kekal, kejadian lampu padam di Pusat Pengiraan Undi, kertas undi didalam peti melebihi undi yang dikeluarkan, pengundian berulang dan warga asing yang dibenarkan mengundi pada pilihan raya umum yang lalu.

sukarelawan
Sukarelawan siasatan penyelewengan PRU-13 KEADILAN yang terdiri dari peguam, auditor dan akauntan
Terbaru, Rafizi mendedahkan kewujudan pengundi hantu apabila borang 10A dikeluarkan pegawai SPR, mengesahkan pengundi dinafikan hak kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.
Dalam pada itu Sivarasa berkata, KEADILAN akan turut memfokuskkan kepada isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangkakan dibuat sebelum akhir tahun ini.

Perkara ini pernah dibangkitkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam ucapannya di program ‘Suara Rakyat 505′ bahawa persempadanan semula melalui penggabungan atau pemisahan kawasan parlimen akan memberi kelebihan kepada Umno-BN.

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...