Tindakan Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat
sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang
beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis
angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes
berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup
tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.
Anwar sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara
mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman
yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan
anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di
laluan menuju ke Parlimen.
Anwar lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua
wajah. Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah
keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang
sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir
mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Dalam hal ini tidak saja Anwar
yang dituduh menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli
Parlimen PR lainnya ditaksir bersubahat sama.
Kemudian tersebar pula gambar-gambar Anwar duduk minum semeja dengan
Najib dan Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah
tiada permusuhan antara mereka. Gambar Anwar bergambar bersama Najib dan
Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi
bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa
yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.
Penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini
sebagai hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai Anwar serta
Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk
menggoncang keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong
perjuangan PR seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh
Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.
Ternampak ramai juga penyokong pro pembangkang yang mula goyah dengan
isu ini dan merasakan ada kebenarannya. Ada yang terasa hati, terguris
perasaan dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat Anwar itu. Ada pula
yang berkata, kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan
Najib dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika
penyokongnya sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya dan
mungkin pula dihumban ke penjara.
Kehadiran Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah
sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar
sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang
mendatang sebenarnya lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama
Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan
mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda
dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.
Memang ramai yang mahu mencabar Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang
lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan
keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan
menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi. Jika semua
Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah,
serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada
Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.
Dalam hal ini kehadiran mengangkat sumpah adalah keputusan terbaik
untuk mengelakkan serangan lebih buruk. Lagi pula dalam mempertikaikan
peranan SPR, petisyen bantahan keputusan pilihanraya di beberapa kawasan
tetap juga berjalan dan prosesnya tidak terganggu sama-sekali.
Ada pula yang berpendapat kenapa Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR
tidak memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin
membantah? Tindakan ini juga berisiko tinggi. Walaupun selepas majlis
angkat sumpah semalam, Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai masa enam
bulan untuk berbuat demikian tetapi ia bergantung pula kepada adanya
hal-hal mustahak yang tidak boleh dielakkan sebagai alasannya.
Tetapi tindakan ini juga boleh dianggap tidak menghormati, malah
mempersenda Yang Dipertuan Agong yang bakal merasmikan pembukaan
Parlimen itu. Mereka yang tidak mengangkat sumpah tidak boleh hadir di
majlis pembukaan yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong. Jika ini
berlaku, tentulah serangan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen PR ini
lebih dahsyat lagi.
Ada pula kelompok lain berkata, jika benar mahu membantah, kenapa
tidak dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan supaya
pilihanraya kecil semula boleh diadakan? Memang benar jika selepas
tempoh enam bulan tidak mengangkat sumpah, kedudukan Ahli Parlimen
seseorang itu akan terlucut tetapi tidak semestinya perlu diadakan
pilihanraya semula.
Jika kes itu dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati
tindakan tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak
disebabkan hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi
kemenangan kepada calon yang kalah dan tidak mengadakan pilihanraya
kecil semula, akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara
percuma oleh BN. Tentulah tak pasal-pasal BN menang 100% di kesemua 222
kerusi Parlimen.
Dalam masa yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka
yang sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh
bertanding semula untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, jika pun dengan
terus tidak mengangkat sumpah dan pilihanraya kecil diadakan semula,
Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan lain-lainnya tidak
boleh dicalonkan untuk bertanding semula.
Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan
jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa Anwar,
Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.
Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis
bergambar kemudiannya, ia sememamgnya sudah dirancang sedemikian rupa
sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah
tempat duduk Anwar sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dengan majlis
bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana
Menteri mengapit kedudukan Speaker.
Jika Anwar memulaukan majlis itu, beliau akan dilihat tidak tahu
bersosial dan tidak menghormati adab di majlis rasmi. Pemulauannya pasti
akan mengundang kecaman yang lain pula.
Lagi pula tidak ada salahnya Anwar duduk semeja dan bergelak ketawa
sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara
peribadi. Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan
untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak
boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan
bergasak. Anwar dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut
harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung.
Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu
juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya
oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak
harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan
kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan
berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar
asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab,
tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Sementara penyokong Anwar dan PR diminta bersikap matang untuk
menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga
sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam
ertikata yang sebenar-benarnya.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Senarai Blog...Geng
-
FITNAH DOSA BESAR DIANGGAP JIHAD APA CER? MUHYIDDIN CAKAP PAS INI PARTI... - Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti ...2 minit yang lalu
-
Lelaki alami masalah psikiatri maut terjun jambatan Klang - ISKANDAR SHAH MOHAMEDTangkap layar video penemuan mayat itu.KLANG – Suasana di Jambatan Ketiga Klang di sini, gempar apabila seorang lelaki berusia 41 tahu...28 minit yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...15 jam yang lalu
-
ZAHID HAMIDI SEKALI LAGI ‘SOUND’ ANWAR, TERBAIKLAH PRESIDEN UMNO!! - Sebelum ini, berikutan ura-ura Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ingin menyertai PKR dan perbincangan mengenainya disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Pres...17 jam yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...4 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Jun 25, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...