Bercakap dalam satu temubual khas dengan Sinar Harian, bos SPR itu mengakui isu dakwat kekal merupakan perkara yang paling menyedihkan dalam hidupnya.
Bagaimanapun dalam temubual itu, tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa isu dakwat kekal tersebut menjadi perkara yang mengecewakan beliau.
Sebelum PRU13 berlangsung, SPR beberapa kali meyakinkan semua pihak khususnya rakyat bahawa dakwat yang bakal digunakan untuk pilihan raya lalu itu akan kekal sekurang-kurangnya mampu bertahan selama seminggu.
Keadaan mula menjadi ribut apabila dakwat yang digunakan oleh pengundi awal pada 30 April lalu dilaporkan boleh tanggal selepas dibasuh, sekaligus menyangkal dakwaan SPR bahawa ia mampu kekal tujuh hari.
Bermula dari itu, krisis keyakinan mula timbul terhadap SPR berhubung isu dakwat itu ditambah lagi dengan penjelasan yang disifatkan berbeli-belit yang dibuat oleh SPR untuk menjustifikasikannya.
SPR mendakwa kejadian dakwat yang mudah tanggal itu kerana petugas SPR tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat tersebut.
Selepas daripada itu, timbul pula penjelasan kedua bahawa kandungan Argentum Nitrat (Perak Nitrat ataupun Silver Nitrate) di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Pengurangan itu dikatakan punca kenapa dakwat itu boleh tanggal selepas dibasuh.
Sehinggalah pada hari mengundi pada 5 Mei lalu, ianya menyaksikan pelbagai pihak tampil membuat aduan polis mendakwa sememangnya dakwat yang dicalit sewaktu membuang undi, boleh tanggal dan tidak kekal.
KeadilanDaily
Admin : Sila letak jawatan sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...