Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 21, 2013

PDRM sudah Melampau..

 AMK: Ugut guna tentera tindakan melampau

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata penganjur perhimpunan 'Black 505' esok telah memaklumkan kepada polis lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak polis menarik balik kenyataan yang meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul dalam perhimpunan Black 505.

NONEKetua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata kenyataan itu dilihat sebagai "melampau", sedangkan sebelum ini pihak penganjur telah memaklumkan kepada polis dalam tempoh lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.

"Kita ingin tegaskan ia merupakan satu kenyataan yang menunjukkan bagaimana pasukan keselamatan tidak memahami makna kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan yang diterjemah melalui Akta Perhimpunan Aman.

"Pihak polis keliru dengan maksud kebebasan berhimpun seperti yang telah digubal oleh parlimen. Ugutan untuk menggunakan tentera sangat melampau dan kami mendesak untuk polis menarik balik kenyataan itu," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.

AMK juga tidak faham mengapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak memberi ruang kepada rakyat untuk menunjukkan bantahan berhubungan dakwaan 'kecurangan' dalam proses pilihan raya umum lalu, sedangkan mereka telah memaklumkan perkara itu lebih daripada 10 hari, katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid semalam yang berkata PDRM telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.
Katanya, polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

Malaysiakini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...