“Beliau bukan saja tidak akur dengan kehendak rakyat yang sanggup turun ke himpunan demi himpunan bagi membuktikan penolakan mereka terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi memandang rendah kehendak majoriti rakyat,” kata Anwar depan lebih 5,000 hadirin di Padang Awam Puteri Jaya, Sungai Petani.
Jelas Anwar, Umno BN semakin sombong dan tidak mempunyai rasa malu memegang tampuk kekuasaan negara meskipun menang pilihan raya dengan cara kotor.
“Tiada gunanya persiapan PRU ke 14 selagi konflik, kecelaruan dan pembohongan PRU 13 masih lagi belum selesai. Tanpa penyelesaian PRU 13, maka tidak akan ada perubahan dalam PRU ke 14,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat supaya turun beramai-ramai di Himpunan Black 505 pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap SPR.
“Namun, dengan pelbagai pembohongan yang dilakukan bagi mengekalkan kuasa, akhirnya undi majoriti yang diperolehi PR dinafikan. Situasi ini tidak boleh dibiarkan lagi sekiranya rakyat mahu perubahan berlaku dalam negara,” katanya.
Hadir sama dalam himpunan itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah.
KeadilanDaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...