Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 27, 2013

SPR letak jawatan sebagai pemula perdamaian - Ustaz Riduan Mohd Nor


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dicabar memastikan semua penjawat penting Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan sebagai tanda keihklasan perdana menteri untuk mengajak Pakatan Rakyat kepada perdamaian.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor berkata, Pakatan Rakyat boleh berdamai namun ianya sukar bagi Pakatan untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tercemar dengan penipuan.

"Kita juga mendesak agar jawatankuasa baharu SPR dilantik dari kalangan mereka yang diberi kepercayaan oleh semua pihak.

"Satu langkah penting pendamaian adalah dengan merombak sistem-sistem karut SPR selama ini termasuk menghapuskan undi pos, undi awal, menyekat pengundi luar negara mengundi, membersihkan daftar pemilih dan lain-lain lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib kelmarin yang meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya lalu sebagai usaha ke arah rekonsilisasi (perdamaian) nasional selepas ketegangan menghadapi PRU13 lalu.

Riduan menegaskan, perdamaian hanya berlaku sekiranya kedua-dua pihak melangsungkan perlawanan secara adil dan di atas padang yang sama rata.

Namun demikian soalnya, bagaimana untuk mendapatkan perdamaian sekiranya satu pihak bermain secara tidak adil, tidak mengikut peraturan dengan menyerang pihak lawan yang diikat dan diletak dipenjuru.

"Sesedap mulut PM menyuarakan perdamaian dengan meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihanraya umum ke-13," katanya lagi.

"Jika (cadangan) ini mampu dilaksanakan, PM dilihat ikhlas dan cadangan rekonsilisasi nasional akan berpijak di bumi nyata dan akan diterima oleh semua," katanya.

HarakahDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...