Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 15, 2013

Terkini!!!! Anwar nafi jumpa Najib

Twitter Anwar

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“Tidak benar!,” demikian jawab Anwar yang dipetik melalui media sosial Twitternya, sebentar tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Najib dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.

Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Sementara itu, pagi tadi Anwar yang kini berada di Bali mengakui bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas.

Anwar yang dipetik di Twitternya berkata, “pertemuan dengan Presiden Indonesia, termasuk isu PRU-Pemilu Malaysia.”

SinarHarianOnline
    

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...