Calon PAS DUN Guai lapor kepada SPR Pahang berhubung Borang 14
Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai membuat laporan
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang berkaitan salah laku ketua
tempat mengundi (KTM) yang tidak mengembalikan Borang 14 semasa Pilihan
Raya 2013 lalu kepada agen-agen parti mereka.
Dalam laporan tersebut beliau menyatakan KTM telah menyalahguna kuasa
dengan tidak menyerahkan borang laporan mengenai Penyata Keputusan
Rasmi itu di kerusi DUN Guai pada 5 Mei lalu dan tiga kes berlaku iaitu
di saluran 6 pusat daerah mengundi (PDM) Purun, saluran 5 PDM Kumai dan
saluran 4 PDM Bukit kepayang.
Timbalan Yang Dipertua PAS Bera yang juga calon bagi DUN Guai,
Musaniff Abdul Rahman berkata, peruntukan undang-undang tersebut
membuktikan kesalahan yang dilakukan KTM adalah serius.
“SPR jangan hanya sebut undang-undang dalam buku tetapi mestilah
diamalkan. Ada kemungkinan petugas SPR kurang mendapat latihan cukup
sebab ada kes petugas polling agent PAS yang membantu menunjuk ajar
KTM,” kata Musaniff dipetik dari laporan Harakahdaily.
“Akibat langsung kepada calon jika Borang 14 tidak dikembalikan ialah
berkemungkinan keputusan undi boleh diubah. Kecenderungan untuk menukar
keputusan itu memang ada apa lagi semuanya berlaku kepada saluran
pengundi muda,” tambah beliau lagi.
Merujuk kepada undang-undang pilihan raya, jika KTM tidak menyerahkan
Borang 14, KTM bersalah di bawah Peraturan 25 (12) (b) (ii) PPP dengan
hukuman penjara tidka lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000
seperti termaktub dalam Seksyen 4 (g) Akta Kesalahan Pilihan Raya. – 30
Jun, 2013
TheMalaysiaInsider
Ahad, Jun 30, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Majikan pukul dua pekerja Muslim: Penceroboh Perlembagaan perlu ditentang, diadili - FAZLI RADZIRakyat Malaysia harus hidup dalam mempertahankan dua perkara dalam Perlembagaan iaitu Islam agama Persekutuan dan kebebasan beragama, kata Naib ...56 minit yang lalu
-
MANA SUARA PAS? - MANA SUARA PAS? Kenyataan Media 15/4/2021 Hari Raya Puasa juga selalu di sebut sebagai Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, a...Sejam yang lalu
-
BERPUASA HAK ORANG ISLAM, RAKYAT HARUS TEGAS TOLAK BUDAYA KEBENCIAN AGAMA - 1. Seorang majikan didakwa memukul 2 pekerja muslim kerana berpuasa wajib di bulan Ramadhan. Kita sudah hidup pada tahun 2021, masih ada majikan kuno yan...2 jam yang lalu
-
Pukul 'Bodyguard' Puasa, Polis Rampas 100kg Jongkong Emas Berserta Wang RM28.25 Juta ! - KLANG - Lima individu ermasuk majikan yang ditahan disyaki memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa, dipercayai terlibat dalam aktiviti ah long dan ...2 jam yang lalu
-
Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan - KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencadangkan tiada kebenaran untuk rentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan, kata menterinya Dr A...4 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Keempat (i)* *TERIMA KASIH TONSIL* TIDAK pasti apakah semasa kecil aku menghidap radang tonsil atau tidak? Mungkin berlaku, sebab ghalibnya tonsil ...Sehari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

dikawasan aku 5 pusat mengundi, satu tempat ada 3 saluran mengundi, Utk makluman 13 dr 15 KTM saluran tersebut adalah ahli pas..
BalasPadam