Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 05, 2013

Umum 5 nama, kerusi Anwar di Perak masih misteri


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim 
 
GERIK - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta diberi tempoh 24 jam untuk berbincang dengan penyokongnya di Permatang Pauh sebelum memutuskan kerusi yang akan ditandingi di Perak.

Dalam ucapannya sempena kunjungan ke Program Jelajah Merdeka Rakyat, Gerik, lewat malam tadi, beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak.

"Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar) dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA).

"Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yang dijadualkan membuat pengumuman senarai penuh calon parti itu di negeri ini, bagaimanapun hanya mengumumkan lima calon kerusi Parlimen.

Beliau yang tiba tepat jam 11.20 malam mengumumkan calon bagi kerusi Bagan Serai, Gopeng, Pasir Salak, Padang Rengas dan Lumut.

- Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (Ketua AMK negeri)

- Bagan Serai: Dr Muhamad Nur Manuty (Pengerusi PKR negeri)

- Lumut: Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

- Gopeng: Dr Lee Boon Chye (Timbalan Pengerusi PKR negeri)

- Pasir Salak: Mustafa Kamil Ayub (Pengarah Biro Latihan PKR pusat)

Anwar yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di Lumut berkata, pemilihan Imran bertanding di Lumut adalah tepat atas latar belakangnya dalam TLDM sejak tahun 90-an./SinarHarianOnline
    

3 ulasan:

  1. Calin2 yg diumumkan sangat sesuai.Setuju tapi Dr Lee Boon Chye ganti Kit Siang di Ipoh Timor atau di Ipoh Timor, letak calun Melayu dari PKR, boleh ke? Biar ramai Melayu. Jangan nanti Madey kata Melayu hilang kuasa.Org UMNO juga takut Melayu hilang kuasa.

    BalasPadam
  2. Utk menjaga kuasa Melayu:- 1. Kembalikan kuasa sultan dan Agong yg telah dilucut oleh Madey pd thn 1993 2. Undang2 tanah rezab Melayu dikuatkuasakan dgn tegas dan tidak boleh dipindah milik dgn apa cara sekalipun 3.Warga asing tidak dibenarkan membeli tanah / rumah di Msia. Lot2 antara bangsa bagi tanah dan rumah ditiadakan 4. Kerakyatan kpd warga asing disekat 5.Batalkan ic warga asing yg dapat kerakyatan utk tujuan undi BN 6. Batalkan permit kerja dan ejen2 yg membawa masuk pendatang asing. Juga batalkan visa lawatan sosial yg menyebabkan pendatang asing masuk dan tidak pulang kenegara asal, sebaliknya mereka tinggal dgn saudara mara mereka di sini. 7. Sektor2 kerajaan yg diswastakan dilihat mengambil pekerja asing, yg menyebabkan org2 Melayu yg tidak berpelajaran tinggi menjadi mangsa (pekerja buruh di majlis daerah, kerja kilang, berniaga kecil, gerai/stal jual makanan, pekerja di pusat membeli-belah, restoran, stesyen minyak, kerja diladang ,pengawal keselamatan, pemandu teksi dan lori dln2), semuanya didominasi oleh warga asing, lebih2 lagi yg dapat ic biru. Bagi org Cina mereka kurang berebut pekerjaan sebab masing2 ada kedai sendiri yg telah lama diwarisi dari datuk nenek mereka atau mereka membuka cawangan perniagaan ditempat baru. Yg terima padah org Melayu bawahan.

    BalasPadam
  3. Undang2 153:- Perlu diperbaiki, iaitu istilah kebebasan beragama utk bukan islam, utk org islam dikecualikan dari istilah ini.Kalau ini tidak diperbetulkan, dlm perbicaraan gadis murtad,yg pernah berlaku dulu, bapa gadis itu kalah dlm perbicaraan apabila undang2 153 ini digunakan. Ini bermakna undang2 ini perlu dibaiki utk kepentingan org melayu dan islam . Media massa : tv, radio, akhbar bukan saja berperanan menyebar maklumat, tetapi juga sebagai media berdakwah utk kekuatan iman dan akidah.Kita lihat org2 Barat berpusu2 memeluk islam ,kebanyakkannya membaca terjemahan Al Quran dlm bahasa inggeris/ bahasa mereka. Org Melayu pula jahil Al Quran dan cetek ilmu ,tipis iman sehingga terikut2 cara Barat dan ada yg murtad. Jangan banyak sangat hiburan yg melalaikan bangsa sendiri.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...