Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 24, 2013

Isu tindih kerusi PKR-Pas selesai, PSM masih runding - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim 
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-Pas telah selesai manakala satu kerusi ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih dalam perbincangan.

Beliau berkata, Pas akan mengekalkan tiga kerusi Dun di Terengganu iaitu di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera manakala PKR akan mengekalkan calonnya di kerusi Parlimen Labuan.

"PKR juga akan mengekalkan calon di kerusi Dun Sungai Acheh (Pulau Pinang) dan Panti (Johor).

"Bagi kerusi Dun Kota Damansara di Selangor, di mana calon PSM akan bertanding di bawah logo PKR masih lagi dalam perbincangan dan saya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan dapat selesaikan perkara ini segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas perkara sama, Anwar berkata, berikutan kata putus yang telah dicapai di antara PKR dan Pas, kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan PR menarik balik nama calon-calon yang telah diturunkan itu.

Sehubungan dengan itu katanya, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengeluarkan surat membatalkan watikah calon-calon PKR untuk tiga kerusi yang telah diserahkan kepada Pas.

“Saya bersyukur atas kebijaksaan kepimpinaan Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausahanya, Datuk Mustafa Ali serta kepimpinan PKR berjaya menyelesaikan isu yang dipersetujui di peringkat negeri dan pusat.

“Malah keputusan ini turut dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PR tetapi kami masih memerlukan satu atau dua hari lagi untuk meneruskan rundingan dan beberapa penjelasan diperlukan dari semua pihak,” katanya lagi.
 
Ketika ditanya mengenai masa depan calon PKR yang namanya dimansuhkan, Anwar berkata, di kawasan yang ditandingi Pas di Terengganu, PKR pusat akan mengarahkan jentera dan calon PKR untuk bersama-sama dengan Pas untuk mengumumkan bahawa mereka bukan lagi menjadi calon.

“Secara tidak langsung mereka akan menyeru pengundi untuk menyokong Pas,” katanya.

Menyentuh mengenai pertindihan kerusi di antara PKR dan PSM, Anwar menjelaskan, perkara itu sedang dirundingkan.

Katanya, bagi kerusi Dun Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput akan menggunakan lambang PKR tapi calon PSM.

Jelasnya lagi, perkara itu sudah dibincangkan PKR bersama pimpinan PSM secara panjang lebar dan muafakat dalam PR sebelum ini.

“Jadi saya fikir semangat itu akan cuba kita pertahankan tetapi masih ada beberapa pertimbangan dan kebimbangan Pas yang disuarakan juga harus dileraikan secara baik serta rundingan.

“PSM sewajarnya menghargai kenyataan ini walaupun bukan mudah untuk PKR melepaskan kedua-dua kerusi Parlimen dan Dun itu kerana ia telah memakan banyak usaha dan pengorbanan oleh pihak PKR untuk berhadapan dengan parti komponen dalam PR sendiri,” katanya.

Ujar Anwar, sehingga sekarang Pas tidak bersetuju dengan PSM terutamanya perkara yang berkaitan dengan perbezaan di antara parti itu dengan PSM.

SinarHarianOnline
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...