Tindakan Najib burukkan PR usaha terdesak menjelang 5 Mei - Anwar Ibrahim
SHAH ALAM – Usaha terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mencetuskan ketakutan di kalangan pelaburan dan komuniti perniagaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa sebagai tindakan terdesak dan tidak wajar.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amaran tersebut dikemukakan Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN), melalui wawancara bersama Bloomberg baru-baru ini dengan mendakwa bahawa saham Malaysia dan mata wang ringgit akan jatuh mendadak dan akan mengakibatkan malapetaka bagi negara ini.
“Adalah tidak patut bagi Najib menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sementara untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu bagi menaikkan kemarahan orang awam dan pasaran.
“Beliau sepatutnya berhenti bertindak seperti kanak-kanak dan mula bertindak sebagai pemimpin kerana tidak lama lagi PR bakal menguasai negara ini selepas pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, PR percaya bahawa panggilan perubahan ke arah Malaysia yang baru semakin kuat dan lebih baik mewakili kebangkitan rakyat yang akan berlaku melalui peti undi.
katanya, ini adalah satu proses yang benar-benar selaras dengan amalan demokrasi berperlembagaan.
Sehubungan itu, dakwa Anwar lagi, usaha Najib untuk menghubungkan proses tersebut dengan Arab Spring atau revolusi sepenuhnya tersasar dan jelas berniat jahat serta bertujuan mengelirukan rakyat.
“Walau apa pun keperluan mendesak untuk pembaharuan menyeluruh untuk kelangsungan asas ekonomi, ekonomi Malaysia boleh menyerap sebarang kejutan ekonomi atau kewangan jangka pendek yang mungkin disebabkan oleh apa-apa reaksi spontan kepada perubahan kerajaan.
"Risiko terhadap ekonomi dan kewangan kini lebih mengukukuhan pasaran jangka panjang dan kestabilan yang terhad,” jelasnya.
Sebaliknya, katanya lagi, perubahan adalah penting dalam usaha untuk meningkatkan daya saing global Malaysia jangka panjang dan untuk melonjakkan potensi jangka panjang pertumbuhan ekonomi Malaysia di luar enam peratus.
“Kami ingin mengingatkan semua pihak tentang pentingnya menghormati suara dan pilihan rakyat pada setiap masa,' katanya.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan baru di bawah PKR dan rakan-rakan gabungan PR yang akan memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar, mengurangkan kebimbangan terhadap apa-apa bentuk yang tidak menentu dan ketidakstabilan serta memulihkan keyakinan di kalangan orang ramai, pelabur dan pemegang kepentingan lain.
Katanya, kerajaan persekutuan yang baru akan memastikan kejelasan dasar konsisten serta menentukan keutamaan inisiatif dasar untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.
Ujar beliau, langkah ini diambil untuk mencari keseimbangan antara keperluan untuk terus meliberalisasikan ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kompetitif untuk perniagaan berkembang maju dan bersungguh-sungguh mempertahankan hak serta kepentingan golongan miskin, terpinggir dan kurang bernasib baik
SinarHarianOnline
nuaq, hang burukkan kerajaan BN dan jual maruah negara ikut nafsu serakah politik hang, tak pa pulak?
BalasPadamLawan tetap Lawan..! Ini kalilah.
BalasPadamA.fathi, kalau tidak tak namanya pembangkang, kalau menyokong namanya sekutu, apalah bodo hang ni, tiga suku, pikir la sikit sebelum tulis!
BalasPadamIni kalilah
Kalau tak didedah rakyat kena tipu hidup2. Rakyat perlu tahu. Sebab rakyat yg pilih pemimpin. Rasuah dan salah guna kuasa,itu bukan maruah negara, tapi maruah pemimpin.
BalasPadambangkan2 tetap bangkang jatuh kan bee end ini kalilahhh....
BalasPadam