Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 01, 2013

Pakatan tidak kejar kuasa, tapi kebajikan rakyat - DSAI


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan, matlamat perikatan untuk membentuk kerajaan pusat menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tiba, bukan bertujuan "mengejar kuasa", sebaliknya memfokus usaha mensejahterakan rakyat menerusi pelbagai bidang pembangunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap keangkuhan kuasa adalah salah satu faktor yang mengkongkong percambahan ilmu daripada berkembang.

Sehubungan itu kata beliau, PR yang menyasarkan matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN) kali ini, akan membawa perubahan baru dalam sistem pendidikan, sekali gus menghapuskan sikap konservatif yang menular di kalangan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.

Beliau juga berkata, matlamat PR bukan berfokus pada kuasa sebaliknya perkara yang mencakupi kehidupan rakyat termasuk isu pendidikan selain ekonomi.

"Saya lontarkan secebis isu, yang boleh ditangani dan dibahas oleh sarjana dan ilmuan kita... kita buka mengejar kuasa di mana jika kuasa yang dikejar, maka matlamat kita adalah kuasa tetapi kita memimpin dan selesaikan isu rakyat," kata beliau pada Himpunan Pendidik dan Pelancaran Pro Tem Majlis Pendidikan Negara (Mapen) di sini hari ini.
PR melancarkan manifestonya akhir bulan lalu.

Perikatan tiga parti itu menyasarkan dapat membentuk kerajaan pusat dan menang di tujuh negeri.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata 'kerajaan' PR yang bakal terbentuk selepas PRU13 tidak akan membebankan rakyat terutama golongan muda yang ingin mempelajari ilmu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata tugas yang bakal dipikul oleh pemimpin PR menjadi semakin mencabar dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

"Kerajaan selepas ini, bukan kerajaan BN tetapi kerajaan PR akan mempunyai cabaran yang lebih banyak.

"Kita kena selesaikan masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk meringan beban rakyat terutama dari segi pendidikan," katanya lagi./SinarHarianOnline

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

1 ulasan:

  1. Isu lambakkan pendatang asing hendaklah dihentikan. Kaji punca kemasukan mereka dan perbaiki kelemahan undang2 /akta supaya kewarnegaraan tidak semudahnya diberikan seperti sekarang. Ejen2 pengambilan warga asing dibatalkan, kerana terlalu ramai warga asing yg jadi rakyat Msia.Hukuman yg lebih berat dikenakan kpd tali barut dan warga asing yg masuk secara haram atau tamat tempoh/terus tinggal secara haram. Hanya undang2 yg tegas dapat mengawal kemasukan warga asing.Contohnya sebatan dan penghantaran pulang segera.Pihak berkuasa yg di amanahkan, bertanggung jawab dan tidak rasuah .

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...