Isnin, April 29, 2013

'Kami tambah yakin ke Putrajaya' - Anwar Ibrahim

SETIAWANGSA - Di sebalik tersebarnya dakwaan kononnya perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menggantikan Umno-Barisan Nasional di Putrajaya, 6 Mei ini.

Bahkan menurut Anwar, keyakinan sama turut dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau.

"Dulu tahun 2008, mereka kata PKR dikatakan berpecah, kalau menang pun mungkin di Permatang Pauh. Itu pun 50-50. Makin dekat pilihan raya, 60-40," ujar Anwar.

"Tapi saudara, Insya-ALLAH, kali ini kita tawan Putrajaya. Kita yakin.

"Tok guru beritahu saya, kali ini betul doh kita tawan Putrajaya," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Keramat Wangsa di sini, malam tadi diringi tepukan ribuan yang hadir.

Walaupun hujan renyai, para hadirin tidak berganjak menantikan ketibaan Anwar.

Anwar yang tiba kira-kira jam 11.40 malam menyampaikan ucapan kira-kira 20 minit kepada penduduk di sini.

Sambil melahirkan harapan agar pengundi Parlimen Setiawangsa mengundi calon PKR untuk berkhidmat di kawasan ini, Anwar mahu rakyat berfikir sejenak dan membuat keputusan bijak.

"Calon di Setiawangsa ini bantu saya secara sukarela daripada tahun 2007.

"Dia memang tak petah berkata-kata tapi dia kerja," ujar Anwar.

Calon PR bagi kerusi Parlimen Setiawangsa ialah Ibrahim Yaacub. Beliau merupakan anak kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, beliau yakin Ibrahim boleh memberi khidmat terbaik di kawasan itu.

Anwar dalam ucapannya turut menyentuh hasil siri jelajahnya di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak akan cipta sejarah pada pilihan raya kali ini," ujar Anwar yakin.

SinarHarianOnline

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng