PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar)
bersedia untuk bertanding di Perak bagi meningkatkan prestasi Pakatan
Rakyat serta menunjukan sikap terbuka dan berani berhadapan dengan
kebangkitan rakyat.
Beliau bercakap pada wartawam sebelum menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Jamek Sama Gagah, Permatang Pauh tengahari tadi.
Jelasnya, bukan tidak sayangkan Permatamg Pauh tetapi kerana membuka ruang bagi memenangkan kerusi parlimen mesti berani bertindak dengan tujuan mempromosikan pejuangan membentuk negera yang lebih sejahtera.
"Kehendak rakyat mesti dihormati. Sentimen dan kemahuan rakyat saya terpaksa memikirkan untuk bertindak demikian. Apa pun ia bukan muktamad lagi," tegasnya.
Lagi pun tujuan tersebut, untuk mengimbangi kekuatan Pakatan Rakyat di mana di Kelantan iaitu Pantai Timur ada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Di Pulau Pinang ada Lim Guan Eng maka kedudukan di tengah sangat penting.
Beliau berpesan pada jentera agar lebih menumpukan terhadap gerak kerja menambah baikan yang mana lemah tanpa mempertikaikan arahan parti termasuk pencalonan semasa pilihanraya umum ke 13 kelak.
Menyentuh mengenai sikap pihak keselamatan yang masih tidak bertindak terhadap gejala samseng UMNO yang sering megacau dan kadang-kadang membaling batu ke arah program Pakatan Rakyat beliau berkata, ia masih tidak profesional.
"Sepatutnya sebagai pihak yang menjagai keselamatan negara mesti bersikap profesional jangan menyebelahi pihak yang tidak bertamadhun dan kuno. Mereka boleh panggil semua parti di Malaysia untuk menerangkan mana yang boleh dilakukan dan tidak, " jelasnya.
Mahu kekalkan Anwar
Ura- ura perpindahan Anwar sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokongnya.
Malahan rakyat yang mahukan beliau kekal di Permatang Pauh yakni tempat beliau mula bertapak dalam arena politik tanahair sejak pengumumanya menyertai UMNO oleh Perdana Menter ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammed.
Sejak itu beliau terus menang sehinggalah dipecat oleh 'tuanya' sendiri apabila berlakunya pertembungan cara berfikir dengan Dr M.
Ketika beliau dipenjarakan kerana dakwaan kes liwat, isterinya, Datin Seri Dr Wan bAzizah Wan Ismail sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional (PKN) waktu itu menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).
Pada tahun 2004 Parlimen Permatang Pauh sekali lagi melakar sejarah apabila kekal berkuasa walaupun banyak kerusi pembangkang kalah.
Anwar bila keluar penjara disarankan bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan pertambahan majoriti untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Justeru itu, pendapat ramai alangkah baiknya beliau terus kekal di Permatang Pauh untuk memacu Pakatan Rakyat ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri ke tujuh Malaysia./HarakahDaily

0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...