Menjawab pertanyaan peserta Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.
"Tidak elok menjadikan kempen ini gelanggang fitnah. Untuk tegakkan kebaikan rakyat, masa depan negara, itu penting. Sangat penting," tegas Hadi.
Bahkan menurut pemimpin utama Pas itu, budaya politik fitnah dalam siri kempen umpama meminggirkan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang sepatutnya diutamakan.
"Yang fitnah ini hanya memalukan diri," ujar Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Anwar yang juga ketua pembangkang menerima pelbagai tekanan dan dakwaan skandal seks yang dipaparkan menerusi blog pro Umno.
Dalam perkembangan terbaru, blog pro Umno atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Permatang Pauh.
Difahamkan, blog pro Umno merancang untuk mendedahkan kesemua salah laku Anwar dalam siri kempen beliau seterusnya menamatkan karier politik Anwar./SinarHarianOnline
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...