Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 25, 2013

Anwar Ibrahim tetap akan bersara jika Pakatan Rakyat tewas

Anwar tetap akan bersara jika Pakatan tewas

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.


Malaysiakini

Admin : Mari rakyat beri sokongan yang kuat dan padu pada 5.5.13 kepada PAKATAN RAKYAT
UNDILAH PAS, PKR DAN DAP.....


    

4 ulasan:

  1. apa bersama .pejuang mana ada had nya.

    BalasPadam
  2. Pakatan dah tewas...mari buat farewell party

    BalasPadam
  3. WOII BERSARA LAA TUNGGU APA LAGI ... MEMANG SAH PENIPU HAHAHAHAHA BODOHLA MELAYU, CINA, INDIA DAN DAYAK YANG PERCAYA HOHOHO

    BalasPadam
  4. Tak nak baca pasal AI lagi dalam newspaper... dah muakkkk

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...