KUALA LUMPUR 12 APRIL: Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat ‘ugutan serius’ terhadap
keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman
keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media
di ibu pejabat parti, semalam.
Justeru
katanya, pertemuan langsung dengan Ketua Polis Negara (KPN) perlu
disegera untuk mendedahkan identiti dan sumber maklumat tersebut.
“Kami menilai info ini sebagai satu perkara serius. Maklumat mengenai potensi ancaman tak boleh dipandang ringan.
“Kita akan maklum (kepada media) bila KPN sedia bertemu. Sebab itu
saya memilih untuk menulis sekali lagi untuk (pertemuan) pada bila-bila
masa (mengikut) kelapangan Tan Seri (Ismail Omar),” kata Saifuddin.
Ditanya pemberita mengapa laporan polis tidak dibuat, Saifuddin
menjelaskan KEADILAN berpengalaman membuat puluhan laporan polis beserta
bukti. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap
penyerang dan provokator.
Tambahnya, surat permohonan pertemuan dibuat sejak 13 Mac, tetapi masih tidak dibalas.
“Kena terus jumpa langsung, hanya dengan KPN yang boleh,” kata
Saifuddin sambil memberi jaminan akan mendedahkan jenis ancaman dan
butirannya selepas pertemuan dengan Ismail. – SDQ
KeadilanDaily
Jumaat, April 12, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Sedih! Ahli Parlimen dihalang bagi bantuan laptop percuma kepada pelajar miskin di sekolah - [image: Sedih! Ahli Parlimen dihalang bagi bantuan laptop percuma kepada pelajar miskin di sekolah] April 22, 2021 Program bantuan komputer riba yang...4 jam yang lalu
-
Jakim, Majlis Agama Islam didakwa ‘tidak berbunyi’ isu penjawat awam rasuah - FAZLI RADZIFungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis-Majlis Agama Islam dipersoal kerana dilihat menyepi dalam isu rasuah dan salah guna ku...4 jam yang lalu
-
JENIS APAKAH KERAJAAN YANG KITA ADA SEKARANG? - Sejak darurat dikuatkuasakan, Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin setakat ini telah melakukan empat pindaan undang-undang. Pertama – pindaan undang-undang...5 jam yang lalu
-
UMNO Akan Rehatkan 'Kluster Mahkamah'? - PUTRAJAYA: Keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 2009 mungkin dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Ahad ini bagi meminta pemimpin yang...7 jam yang lalu
-
Kes Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa, Ahli Perniagaan Buat Pengakuan Tak Bersalah! - KLANG - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan termasuk memukul pengawal peribadinya dan me...14 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka (Sambungan). - *Bab Keempat (ii)* *MULA MENYEDARI TONSIL * AKU mula mengetahui aku diserang tonsil apabila suatu hari selepas makan tengah hari di sebuah restoran nasi...3 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

Bukankah pada tahun 1998 keselamatan Anwar pernah terancam dan nyawanya hampir terpisah dari oleh tak lain dan tak bukan 'KETUA POLIS NEGARA' sendiri.
BalasPadamHarap-harap KPN yang ni akan lebih prihatin.
Jangan nak membodek bila PR dah masuk PUTRAJA.
Agensi kepolisan ni PR mesti letak di bawah Parlimen...so that KPN mestilah individu yang berintegriti dan sedar kediri.
Kepada semua yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara , terutamanya polis tolong jangan korbankan keharmonian negara ini kerana mempertahankan segelintir manusia yang ingin terus mempertahankan kuasa. Jangan jadikan kuasa yang ada sebagai alat untuk mengekalkan kezaliman dan ketidakadilan .
BalasPadam