Isnin, April 15, 2013

Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .

Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.

Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed
Azmin Ali (Gombak),
Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat),
R Sivarasa (Subang),
Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan),
Zuraida Kamaruddin (Ampang)
dan William Leong (Selayang).
Muka baru pula ialah
Dr Aziz Bari (Sabak Bernam),
Manivanam Govindasamy (Kapar),
Wong Chen (Kelana Jaya),
Rafizi Ramli (Pandan) manakala bertanding semula,
Khalid Jaafar (Hulu Selangor).

12929980a52111e29a9c22000a1fbe09_7

Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah
Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa),
Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia),
Suhaimi Shafiei (Seri Muda),
Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas),
Rodziah Ismail (Batu Tiga),
Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
Haniza Talha (Taman Medan),
Amir Shaari (Batu Caves),
Gan Pei Nei (Rawang)
dan Yahya Sahari (Permatang).
Muka baru ialah
Borhan Aman Shah (Dengkil),
Lee Chin Cheh (Kajang),
Dr Daroyah Alwi (Sementa),
Hamidi A Hassan (Semenyih),
Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang),
Ramachandran (Batang Kali)
dan Dr Idris Ahmad (Ijok).
Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang
manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke
DUN Bukit Malawati.
Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng