Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 04, 2013

Pemuda Umno ‘merajuk’ kerana hanya mahu kuasa dan habuan- Chegu Bard


KUALA LUMPUR 4 Apr: Pemimpin Umno tidak ikhlas memperjuangkan dan membela nasib rakyat, sebaliknya hanya mahukan kuasa dan habuan jika menang pilihan raya, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini yang meminta anggota sayap itu agar tidak ‘merajuk’ sekiranya tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.
“Umno BN tak faham nilai perjuangan, berbeza dengan KEADILAN. Mereka ingat kalau masuk parti mesti nak bertanding, pegang jawatan,”
“Paksi politik Umno BN adalah kuasa dan habuan, sebab tu bila dengar saya istihar jadi jentera, mereka pelik dan tak faham,” katanya ketika dihubungi.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard baru-baru ini mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU kali ini, sebaliknya menggerakkan jentera untuk  menumbangkan Umno BN.
“Saya cuba memberi signal kepada seluruh legasi anak muda, bersekutulah menjatuhkan kezaliman, tidak kira sebagai orang parti atau tidak.

“Mungkin Khairy tak faham signal itu dan ingatkan saya lembik dan suka merajuk macam pemuda Umno,” katanya sinis.
Beliau dalam pada itu mengingatkan kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar, apabila panglima Khalid Al Walid tidak dihantar ke medan perang, sedangkan namanya disebut-sebut sebelum itu.

“Saya tidak sebaik dan sehebat panglima Khalid, namun saya yakin, jika beliau ada hari ini, beliau akan fahami saya, sebab semangat kami sama. Semangat yang takkan ada dalam Umno,” katanya.
Chegu Bard berkata, isu utama bukan samada dicalonkan atau tidak, tetapi fokus untuk menumbangkan Umno BN yang disifatkan sebagai legasi penjajah.

“Anak muda sudah buktikan kita telah turun ke jalanan, kali ini kita ke pilihan raya pula. Jadilah apa sahaja, yang penting kita bekerja, ini peluang terbaik untuk kita jatuhkan Umno BN yang dah banyak berdosa pada rakyat Malaysia,” kata Chegu Bard./KeadilanDaily
    

4 ulasan:

  1. Bagaimana kita nak menang ? Pengundi warga asing dah beratus-ratus ribu org dapat ic dan akan mengundi.Di Terengganu pd thn 2004 kenaikan 17% (170,000 org)termasuk pengundi warga Myanmar, Thailand, Kemboja yg memenangkan BN, 2004 dan 2008. Tentunya mereka terus mengundi dlm PRU 13.Thn 2011,PM Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed memberitahu warganya mendapat PR (penduduk tetap) dan layak mengundi. Tentunya mereka akan mengundi pd thn 2013.(www.ngoab.gov.bd(laman rasmi Hal ehwal NGO Jab. Perd.Men.Bangladesh). Di Selangor,audit SPR Selangor mendapati 146,000 tidak dapat dikesan alamat. Pemindahan 200,000 ic projek Sabah ke Semenanjung menambah lagi sulit kpd Pakatan Rakyat.Akhirnya semua PATI yg menentukan hala tuju negara kita, bukan rakyat tempatan.Semua tali barut yg terlibat dgn memberi IC (JPN,SPR dln2) patut dipecat segera, diganti dgn org2 yg amanah dan tidak khianat kpd bangsa dan negara.Batalkan pengambilan pekerja asing oleh kira2 300 ejen kroni. Batalkan visa lawatan sosial, kerana mereka masuk tapi terus tak balik.Polis yg ramai beribu-ribu org ,boleh mengambil tugas menjaga keselamatan negara utk tangani masalah pendatang asing ini.Cekap, bersih,amanah !!

    BalasPadam
  2. Sejak BN kalah dibeberapa negeri di Semenanjung, BN mula guna tektik kotor utk terus berkuasa iaitu dgn mengambil warga asing jadi pengundi (Myanmar, Bangla, Indon, Kemboja).Juga mengimport pendatang ic projek dari Sabah dgn diberi mykad baru dan alamat baru di Semenanjung.Kerja ini dilakukan oleh JPN, SPR, UMNO. Sebab itu Najib berkata:- akan pertahankan putera jaya dgn apa cara sekalipun. Dia fikir negara ini bapak dia yg punya. Nak buat apapun boleh, ikut suka hati. Dia dan Madey tak fikir kesan kpd rakyat bawahan yg terpaksa bersaing dan berebut2 dgn warga asing. Dlm tempoh 20 thn lagi mereka akan tubuh parti baru dan akan berada di Parlimen dan DUN Msia. Dulu Melayu bersaing dgn Cina dan India, tapi sekarang dan akan datang, kena bersaing pula dgn warga2 IC projek. Inilah akibatnya pemimpin cetek akal dan gila kuasa. Perbodohkan bangsa sendiri. Rakyat yg susah.

    BalasPadam
  3. Lawat tajuk: 1. 200,000 pendatang ic projek dipindahkan....2. 40,000-warga-asing 3. Usaha jatuhkan MB 5,000 ic 4. 47,000 warga pakistan tulin jadi ahli UMNO 5.Skandal IC projek terbaru di Sabah 6.Nah-ini-bukti-bergambar-ribuan-warga-myanmar-dapat ic 7.Kerajaan membiarkan pendatang ada ic di Sabah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...