Khamis, April 18, 2013

Sabotaj dari Ros... DAP guna logo PAS dan PKR untuk PilihanRaya 13 ini...


RoS tidak iktiraf pemilihan, DAP dilema
 
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
SHAH ALAM - DAP kini dihimpit dilema ekoran surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) dihantar hari ini, yang memaklumkan bahawa agensi itu tdak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Sebagai langkah awal parti telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pas bagi kerusi di Semenanjung Malaysia, manakala logo PKR bagi Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun parti itu masih tidak yakin dan mahu surat rasmi dikeluarkan SPR sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

Menurutnya, tindakan RoS merupakan satu sabotaj terbesar yang pernah dialami DAP sejak mula aktif dalam dunia politik negara.

Beliau berkata, keputusan DAP untuk menggunakan logo Pas dan PKR adalah untuk mengelakkan parti itu, terpaksa bertanding atas tiket bebas kerana lambang roket tidak boleh digunakan pada hari penamaan calon.

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU13.

"Kita telah mendapat persetujuan Pas dan PKR untuk menggunakan logo mereka, ini adalah satu contoh kekuatan PR, kerana ada
rakan yang boleh membantu ketika kita susah," katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini.
Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, penyokong DAP perlu tenang dalam menghadapi isu ini kerana sejak 48 tahun DAP diwujudkan, beliau tidak pernah melihat taktik sebegini digunakan dua hari sebelum hari penamaan calon.

Ketika ditanya adakah penyokong parti akan keliru jika DAP guna logo DAP terutama di kawasan majoriti bukan Islam, beliau berkata, isu sama ada pengundi keliru akan diketahui pada hari pengundi itu nanti.

"Peti undi itu sendiri akan menjadi saksi, saya yakin kami tetap akan menang," katanya.

Mustafa berkata, dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju DAP menggunakan logo Pas dalam PRU13.

"Kedua-duanya berkata tiada masalah bagi Pas, kita akan bantu rakan dalam PR," katanya.

Saifuddin pula berkata, DAP merupakan sekutu penting dalam PR kerana mempunyai pengaruh kuat dan penyokong yang ramai.

"Jika isu ini berlaku, kita akan menghadapi pelbagai masalah termasuk isu logistik, yang mana melibatkan calon dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang perlu berulang-alik ke Semenanjung untuk mendapatkan watikah dan sebagainya," katanya.

Difahamkan, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.
RoS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Walau bagaimanapun, SPR menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

SinarHarianOnline

4 ulasan:

  1. percayalah ... dap akan dapat undi simpati yg bukan sedikit bilangannya .. bukan lagi memungkinkan tetapi MEMASTIKAN pakatan rakyat melangkah ke putrajaya.

    BalasPadam
  2. Jangan benarkan Kafir Harbi menawan Putrajaya..Hancur DAP Hancur..Allahuakbar!

    BalasPadam
  3. percayalah..perubahan undi secara besar-besaran akan berlaku.bn akan lebih takut jika ini menjadi kenyataan.perkara luar jangka akan banyak berlaku kali ini.hidup malaysia baru....

    BalasPadam
  4. hidop dap pas keadilan mampos umno

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng