Anwar Ibrahim ulangi janji turun harga minyak jika menang PRU13 ini.
BOTA - Pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika rakyat memberi mandat terajui kerajaan pusat.
"(Pada) 5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita angkat sumpah dan 7 Mei, minyak akan turun seluruh negara," katanya ketika memberi ceramah di Teluk Sena di sini, malam tadi.
Anwar yang juga calon Permatang Pauh berkata, perkara utama seterusnya yang akan dilaksanakan pembangkang selepas berjaya menawan Putrajaya ialah mengubah konsep kebebasan media RTM, Utusan dan TV3 kerana dianggap sudah terlalu banyak menabur fitnah ke atas pembangkang.
"Ini soal nilai dan akhlak yang perlu diubah. Mesti ada wajah baru dalam pentadbiran. Sekarang ni TV3 tak minat nak interview saya. Tapi bila kita menang nanti, TV3 nak datang interview, saya suruh depa (mereka) duduk belakang," katanya.
SinarHarianOnline
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...