Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, April 14, 2013

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan Rakyat – Anwar Ibrahim

KUALA PILAH 14 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.

“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.
IMG_7836
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada ribuan hadirin di program ‘Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Anwar juga meminta agar semua penyokong Pakatan menjaga kekuatan jemaah dan tidak melupakan matlamat perjuangan.
“Saya tuntut penyokong KEADILAN dan Pakatan, jaga jemaah ini. Kita dengar cadangan ranting, dengar cadangan cabang, dengar cadangan negeri,” katanya.

Beliau menyifatkan terlalu ramai yang berkhidmat dengan baik dan layak untuk menjadi calon dalam PRu ke 13.
IMG_7854“Orang yang kerja (ada) beribu, yang layak jadi calon ratus, yang akhirnya jadi calon seorang.
“Sebaik sahaja kita ada penyakit, anggap aku (sahaja) berkhidmat, aku (sahaja) kerja. Ini penyakit yang boleh lunturkan semangat dan musnahkan jemaah.

“Apa juga keputusan, saya rayu kepada rakyat, saya rayu kepada pengundi, supaya pastikan calon Pakatan – PAS, DAP dan KEADILAN diberi sokongan padu untuk menang,” katanya.

Turut berucap, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani.

KeadilanDaily
    

4 ulasan:

  1. DSAI, bagaimana dengan kes Parlimen Bera?

    BalasPadam
  2. Dari dulu lagi aku tidak percaya kepada Anwar bin Ibrahim.
    Dimana dia berkampung, disitu berlaku kerosakkan.
    PAS kini macam barua PKR dan DAP sahaja. Sedangkan ahli-ahli PAS melebihi sejuta orang berbanding PKR beberapa kerat manusia sahaja.
    Sepatutnya PAS perlu menjadi peneraju kepada Pakatan Rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman rasulallah dulu khalid al-walid ingin membunuh nabi.hinggalah diberi hidayah oleh allah. berjuang brsama nabi hingga diberi jolokan pedang allah. nabi boleh mempercayai orang yg ingin bunuh beliau...
      ANUAR IBRAHIM, beliau pernah dimskkan ke I.S.A. dicaci,dimaki,dihina. dan dipenjarakan buat kali kedua, dipukul,ditumbuk ketika dlm tahanan.. beliau cekal, menghadapi ujian allah.isteri beliau seorang wanita yang tabah.stelah bebas beliau bangkit melawan kerakusan pemimpin ketika ini.bagi aku anwar adalah pemimpin yg hebat, tiada pengganti diabad ini bersyukur beliau dilahirkan dimalaysia. i

      Padam
  3. Antara mereka sudah pun bermusyuarat, sudah pun bermuafakat, sudah pun mengambil kata sepakat, Jadi, kita yang tak tahu menahu tak ada kena mengena, taada dalam perbincangan itu sepatutnya menerima saja de4ngan dada terbuka, itupun kalau kita memang menyokong pakatan rakyat, kalau tidak jangan cuba-cuba nak merendah dan menjatuhkan paktan .. mereka lebih tahu, mereka lebih arif kerana merekalah yang akn menetukan jatuh bangunnya pakatan rakyat. Kita hanya ditugaskan untuk menyokonh pakatan rakyat. Pergunakan jari jemari kita dalam memilih siapa yang layak. Jangan dok sibuk nak mempersoal itu dan ini. Kalau itulah caranya, cara panfdngan kamu, sudah jelas kamu bukannya dari pihak Pakatan rakyat. Hanya UMNO BN saja berpandangan begitu. Kalau nak dibedakan..jarak pemikiran otak rakyat yang menokong Pakatan rakyat dan UMNO BN jauh sekali...macam langit dengan bumi ...itulah bedanya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...