Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 11, 2013

DUN Sungai Acheh selesai sebelum penamaan calon – Saifuddin Nasution Ismail


PETALING JAYA 11 APRIL: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh akan diselesaikan sebelum hari penamaan pada 20 April.

“Oleh kerana ada dua pengumuman, sekarang menjadi tugas pimpinan tertinggi parti (KEADILAN) Azmin Ali dan (PAS) Datuk Mustafa Ali untuk uruskan.
“Mesti diselesaikan sebelum penamaan calon,” kata Saifuddin pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Kata Saifuddin, menurut rukun perundingan Pakatan Rakyat, parti di kerusi yang kalah tipis akan diberi keutamaan untuk bertanding semula.
“Sungai Acheh, kerusi di bawah Parlimen Nibong Tebal kalah tipis pada 2008. Dalam rukun perundingan, parti yang kalah tipis atau marginal akan diberi keutamaan.

“Sungai Acheh (KEADILAN) kalah (bawah) 300 undi. (Sewajarnya) keutamaan bertanding kepada yang kalah tipis,” jelas Saifuddin.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad tewas kepada calon BN, Datuk Mahmud Zakaria (BN) dengan majoriti 250 undi.
Mahmud mendapat 5,011 undi, manakala Azhar 4,761 undi.

Saifuddin berkata, meskipun Pakatan tidak pernah meletakkan tanda aras (benchmark) bagi kedudukan ‘kalah tipis’, namun keputusan berasaskan kepada rekod lalu dan prinsip rundingan.
Menjawab soalan wartawan, Saifuddin menjelaskan, KEADILAN tidak menuntut kerusi parti Pakatan lain yang kalah tipis.
“(Tapi) yang (tewas) majoriti besar, tak siapa minta. (Kemudian) akhirnya (kerusi tersebut) diberi kepada KEADILAN.

“Tapi, kita kena tanya juga, bagaimana MCA boleh hilang kerusi di Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah?” sinis Saifuddin. – SDQ

KeadilanDaily
    

2 ulasan:

  1. HARAP KEDUA2 PIHAK BERTOLAK ANSURLAH SIKIT, AKAR UMBI NAK PR MENANG DIMANA2 BUKAN KEHENDAK CALUN, JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI UTAMAKAN PARTI.APA NAK JADI2 JANJI PR MENANG

    BalasPadam
  2. Kesian pecah undi melayu . Cina tepuk tangan

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...