KUALA  LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan  selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular  genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.
Beliau  yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes  fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma  akan merosot selepas dibiarkan terdedah.
Justeru  pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia,  Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama  diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.
"Sekiranya  sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan  ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.
"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.
Pada  sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan  Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan  oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Perkara  yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang  menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat  antarabangsa.
Namun difahamkan makmal JKM di  mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO  setelah tamat pada Oktober 2005.
Makmal  tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk  memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan  tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.
Sankara  yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan  sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang  menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah  melebihi 90 jam.
"90 jam masih kata ada banyak.  (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada  sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di  mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya. 
Sesi  perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan  kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang  mengandungi DNA.
Botol-botol itu dilabel dengan  tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala  Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.
Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.
Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label. 
Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.
Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.TVSNEWS
Iklan Penaja
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...