KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan tiga jawatankuasa khas yang dianggotai parti politik untuk mengkaji masalah berkaitan pilihan raya.
Tiga jawatankuasa itu adalah untuk menyelesaikan daftar pemilih, menjelaskan kaedah biometrik dan pengundian awal.
Berikutan itu, Bersih akan menulis surat kepada suruhanjaya itu bagi menggesa jawatankuasa khas tersebut ditubuhkan dalam masa tiga bulan.
“Bersih akan menghantar surat cadangan tersebut kepada SPR dalam minggu ini,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Menurut Maria, jawatankuasa itu penting untuk menjawab pelbagai dakwaan mengenai kepincangan dalam sistem pilihan raya yang dilaksanakan dan dirancang SPR, termasuk kaedah biometrik yang mahu diperkenalkan.
“Bersih memerlukan laporan lengkap tentang kaedah biometrik yang akan dibuat oleh SPR dan keselamatannya.
“Mereka juga perlu memberi senarai terperinci tentang kawasan pengundian awal yang bakal mereka jalankan terhadap pengundi dari anggota tentera dan polis. Kita juga perlu tahu samada mereka akan membenarkan pemantau ketika pengundian awal dijalankan,” katanya.
Ketika ditanya kontroversi pengundi bernama ‘Kg Baru’ yang berdaftar di laman SPR, beliau berkata suruhanjaya itu perlu bertanggungjawab tanpa menunding jari kepada pihak lain.
“Cukup dengan menuding jari terhadap banyak pihak dan SPR perlu bertanggungjawab di atas kesalahan ini. Jika mereka tak boleh buat, biar pihak lain melakukannya,” katanya.
SPR sebelum ini menafikan isu penduduk tetap bernama Mismah, didaftarkan sebagai pengundi dalam laman pemilih SPR dengan alasan ia merupakan kesilapan teknikal.
Berikutan itu, Pas Selangor mendedahkan kira-kira 1,100 penduduk tetap yang berada dalam daftar pemilih di Selangor sahaja.
Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat usaha mendaftarkan 200,000 warga Indonesia sebagai pengundi di negara ini.
Hari ini, SPR juga mencipta sejarah baru apabila mendaftarkan nama ‘Kg Baru’ dalam daftar pemilih pilihan raya, yang tidak sama dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Namun SPR menukarnya semula selepas perkara itu didedahkan media alternatif sejam selepas itu.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan media juga menjumpai pemilih dari kalangan “pengundi hantu” di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.KeadilanDaily
Iklan Penaja
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
bawa jer kes spr ni ke mahkamah dunia... kalau kat mahkamah m'sia tok2 hakim dah kena cekak teloq...
BalasPadam