Hakim: Anwar boleh hadiri sesi temubual saksi
Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan dengan saksi bagi kes pembelaan perbicaraan liwatnya tetapi beliau tidak dibenarkan menyoal.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini.
Semalam, pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar bagi mengikuti temubual yang dijadualkan dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Pihak pembelaan sekarang dibolehkan menemubual 10 saksi hari ini dengan kehadiran Anwar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi itu
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.MalaysiaKini
Iklan Penaja
Iklankan Perniagaan Anda, Sambil Jana Pendapatan..!!! Klik Sekarang!!
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...