Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 20, 2011

Najib Main-Main, Bersih 3.0 Jawapan Kepada Najib..!! - Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Jika Parlimen dibubar tanpa menunggu hasil penambahbaikan pilihan raya dari Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), Bersih 3.0 adalah jawapan terbaik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.


“Apa gunanya PSC bersidang, kemudian tiba-tiba Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Azmin menghulurkan sumbangan Ramadan sambil beramah mesra dengan warga emas

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 warga emas, asnaf dan ibu tunggal di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, dalam program dua hari sempena Ramadan.
Azmin berkata, Bersih 3.0 perlu diadakan jika kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus berdolak dalik mengenai usaha reformasi pilihan raya.

“PRU ke-13 hanya boleh diadakan selepas PSC selesai mengemukakan cadangan mereka mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.Menyifatkan penubuhan PSC hanya sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap BN dan SPR, Azmin berkata, hal itu boleh berlaku kerana Najib kenal dengan sifat pembohongnya.

“Saya ulangi, PSC hanya sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap BN dan SPR  kerana menodai kedaulatan negara melalui daftar pemilih dan sistem pilihan raya yang kotor,” katanya.
Najib sebelum ini dilapor berkata, PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat PSC.

PSC terdiri daripada wakil dari BN, Pakatan Rakyat dan Bebas tetapi perikatan parti pemerintah masih mendominasi jawatankuasa berkenaan.Ia ditubuhkan rentetan lapan tuntutan Bersih selain pendedahan media mengenai manipulasi pilihan raya melalui daftar pengundi yang terbukti diseleweng pihak tertentu.KeadilanDaily
 
Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...