Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 22, 2011

Kes Fitnah II : DSAI Beri Keterangan Dari Kandang Tertuduh

KUALA LUMPUR 22 OGOS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar bahawa beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes fitnahnya dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah, Ketua Pembangkang itu mempunyai tiga pilihan untuk membela diri.

Beliau boleh memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi, yang membolehkan pasukan pendakw raya mengemukakan siri soalan atau memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Pilihan ketiga, Anwar boleh mengambil pendirian berdiam diri.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, namun beliau masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
 
Laporan lanjut menyusul. TVSNEWS
 IKLAN PENAJA

PENAJA

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...