Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 08, 2011

Sinar Harian Online Dedahkan Pengkianatan UmnoBN..!!!!

Daftar pengundi: nama PR tersenarai?

Penemuan 1,597 nama pemegang status penduduk tetap (PR) bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Jun, tanpa alamat lengkap di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berakhir 2 Julai lalu menimbulkan tanda tanya.

Selangor dikesan memiliki jumlah tertinggi iaitu 1,108, diikuti Johor 380 dan Kuala Lumpur 52 kes, manakala negeri lain di bawah 20 kes.

Berikutan itu, banyak pihak menyuarakan kebimbangan kerana ia bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Malaysia bahawa warganegara Malaysia sahaja dibenarkan mengundi, manakala PR tidak dibenarkan.

Selain itu, ada pihak mendakwa, rancangan rapi ini dilaksanakan bagi membolot undi dan berikan kemenangan kepada sebelah pihak.

Sebagai langkah merungkai persoalan ini, pembangkang meminta kerajaan mengadakan sidang parlimen khas bulan ini bagi membincangkan isu berkenaan.

Desakan itu dilakukan disebabkan penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan Pas Selangor pada awal bulan ini. SinarHarian


Komen : Tahniah!!!! Sinar harian dedahkan kejahatan kerajaan umno bn dan SPR.... Orang melayu perlu sedar dari sekarang Jangan lagi beri sokong kepada umno yahudi apco...

Iklan Penaja
 

Iklankan Perniagaan Anda, Sambil Jana Pendapatan..!!! Klik Sekarang!!

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...