Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 09, 2011

Kes Fitnah liwat 2 : Peguam Anwar gagal temu bual dua saksi pertama

TERKINI @ 01:20:42 PM 09-08-2011
August 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menemu bual dua daripada 15 saksi utama walaupun mahkamah membenarkan beliau membela diri minggu depan.

Pihak pendakwa memaklumkan pasukan peguam Anwar mengenai bantahan itu melalui satu panggilan telefon pagi tadi selepas pasukan pembela tiba di Mahkamah Tinggi di sini untuk menemu bual bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Temu bual itu biasanya dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.

Pihak pembela juga berniat mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka dilaporkan kemungkinan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah.

Selain Najib dan Rosmah, terdapat saksi lain termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Mahkamah Tinggi pada 16 Mei lalu membuat keputusan agar Anwar mempertahankan diri dalam kes liwat yang melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin memutuskan terdapat satu kes “prima facie” terhadap ketua pembangkang berusia 63 tahun ini yang berdepan dengan tuduhan kes liwat kali kedua selepas 13 tahun.TheMalaysiaInsider

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...