Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 25, 2011

Fitnah II: Bukti pendakwa raya tidak lengkap, diubahsuai- peguam

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubahsuai.
Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia.

Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat.

Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus samada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak.
Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana ia mungkin diubahsuai dan tercemar.

Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana ia prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual.
Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini ia tidak pula dibuat.
“(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak.
“Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian.

“Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.(Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008).

Ditambah pula ia disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbeku, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan ia sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds.Ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA ‘segar’ sewaktu beliau menganalisa sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira.

Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal.
Ia juga meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubahsuai sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.“Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubahsuai. Bagaimana ia diubahsuai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubahsuai.

“(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu.
“Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan,” kata Sankara.KeadilanDaily

IKLAN PENAJA

PENAJA

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...