Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO
Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.
"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.
"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.
"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.
"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.
"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).
"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.
Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.
"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.
"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.
Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.MalaysiaKini
Komen : Jom kempen boikot TV3 1 malaysia....
Iklan Penaja
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...