KUALA  LUMPUR 22 OGOS : Pilihan raya umum ke- 13 tidak boleh diadakan selagi  Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) belum selesai melakukan reformasi  terhadap sistem pilihan raya negara ini, menurut Pensyarah di Jabatan  Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Dr.  Abu Hassan berpandangan Perdana Menteri Najib Razak harus menyelesaikan  segala tuntutan rakyat dan apa sahaja isu berbangkit termasuk mencapai  matlamat penubuhan PSC terlebih dahulu, sebelum mengadakan pilihan raya.
“Proses  pilihan raya tidak boleh berlaku setelah penyelesaian-penyelesaian dan  kritikan pilihan raya di negara ini diselesaikan terlebih dahulu oleh  jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini kerana itu adalah matlamat yang  sebenarnya.
“Kita harus melihat proses  transformasi politik dan juga melihat pihak kerajaan mengatakan setiap  perkara harus melakukan transformasi sama juga dengan suruhanjaya  pilihan raya (SPR) setiap perkara harus mempunyai transformasinya,”  katanya ketika dihubungi TV Selangor tadi.
Beliau  berkata demikian ketika mengulas pendirian Najib bahawa pilihan raya  umum boleh diadakan bila- bila masa dan tidak akan bergantung pada kata  sepakat yang akan dicapai dalam prosiding PSC, bersabit sistem pilihan  raya negara.
Jawatankuasa seliaan Parlimen itu  yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan  setelah Najib dilihat seolah- olah tidak serius dalam menambahbaik  ketempangan sistem pilihan raya.
Ketidakseriusan  Najib terhadap penubuhan jawatankuasa itu dikuatkan lagi dengan  kenyataanya bahawa PSC akan terbubar dengan sendirinya jika berlakunya  pembubaran Parlimen.
Ini bermakna, jika  Parlimen dibubarkan sebelum jawatankuasa PSC melakukan sebarang  perubahan, segala cadangan penambahbaikan itu akan terkubur begitu  sahaja.
“Jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini  harus dihormati, dan proses penambahbaikan pada sistem pilihan raya di  negara ini melalui perbincangan PSC hendaklah dilakukan secara akademik.
“Saya  berpendapat sebaik-baiknya proses pilihan raya ini berlaku selepas PSC  ini berjaya menyelesaikan beberapa krisis dan desakan yang sangat  penting ini,” katanya. 
Dalam pada itu, Dr. Abu  Hassan turut menggesa ahli panel yang menyertai jawatankuasa ini agar  meletakkan aspek kematangan berpolitik sebagai asas dan tidak berat  sebelah dalam mencari penyelesaian kearah memperbaiki sistem pilihan  raya.
“Kedua-dua pihak harus jujur, harus  budiman untuk duduk membicangkan permasalahan ini dan kemungkinan  diketuai oleh ketua akademiknya, tokoh-tokoh dan pihak-pihak tertentu  kalau sekiranya mempunyai masalah untuk melantik ahli politik sebagai  pengerusi kepada jawatankuasa ini.
“Maka secara  akademiknya ialah kita mahu lihat kematangan demokrasi kedua-dua pihak,  pihak memerintah (BN) dan pihak alternative (PR), kerana apa yang  penting sekarang ialah untuk menghasilkan dan mewujudkan peradaban  demokrasi yang jauhari lagi budiman iaitu yang mempunyai ruang kepada  semua orang.”TVSNEWS
Iklan Penaja
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
Jangan dipercayai cakap dusta Najib. Cukuplah apa yang telah dia janjikan untuk Himpunan Bersih 2.0 tapi gagal ditunaikan. Ketika kita nak lakukan di jalan untuk ke Istana Negara, pendusta ini kata himpunlah di stadium, melalaklah sampai pagi. Namun apabila Seri Paduka dan rakyat percaya pada kata-katanya maka beliau mula berdusta.Kita tak wajar dipatuk untuk kali kedua di lubang yang sama.
BalasPadamYa Allah, di bulan yang mulia ini, ku pohon atas kekuatanMu dan keperkasaanMu binasalah kerajaan UMNO/BN yang menzalimi kami ini dengan pelbagai pengkhianatan dan penindasan. Amin Ya Rabbil Alamin.
Jangan harap diberi kepercayaan kepada najib. BERSIH 2.0 membuktikan najib adalah pembohong. Malang negara ini mendapat seoran PM yang terang-terang membohong dan bersikap flip flop.ADAKAH PR MASIH MEMBERI HARAPAN KEPADA PM YANG BERSIKAP BEGINI?.PR semestinya membuat satu pelan tindakan segera sebelum pm penipu ini melaksanakan kerja-kerja menipu nya.
BalasPadamJALANKAN PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA MOHON ALLAH TUNJUKKAN KEKUASAANNYA TERHADAP ORANG YANG MENGKHIANATI DAN MENZALIMI RAKYAT , DAN ANJURKAN BERSIH 3.0...TAKBIRRRRRR