Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 15, 2011

Terbongkar!! Umno Dalang Isu Jais Serbu Gereja..!!


Gereja: Jangan masuk perangkap Umno 

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali
Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.
“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya. 
    
Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.
“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.HarakahDaily


Iklan Penaja
 
    

3 ulasan:

  1. Kalau dalang serbuan Gereja itu ada kaitan dengan UMNO,bukan satu berita yang mengheirankan sebab Hassan Ali memang kepala UG diSelangor.Lihat aje demo yang dibuat menggunakan penyapu dan tandas,depa menyokong Hassan Ali.Mana ada puak UMNO yang sokong pemimpin PAS,kecuali jika dari puak UG.Lihat juga macam mana Utusan kempen untuk Nasaruddin Mat Isa waktu pertandingan Tim.Presiden yang lalu.Sah saki baki UG masih ada dalam PAS.

    BalasPadam
  2. Ada bukti ke UMNO dalang serbuan Gereja? Dlm bab ini tindakan UMNO dalam mengarahkan JAIS pergi membuat pemeriksaan ( bukan serbuan } patut di puji dan dibanggakan kerana pada masa itu terdapat manusia Islam yg bakal dan telah murtad berada dlm gereja tersebut. Dlm isu ini tidak kiralah siapa pun yg memberi arahan telah membongkarkan apa yg terjadi pd mlm itu. PAS msih lg keliru dlm isu ini.

    BalasPadam
  3. nak bukti tunggu sedikit masa lagi..... jom kempen jatuhkan kerajaan umnobn pada pru13 nanti...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...