Khamis, Disember 10, 2015

PANAS!!! : Hanya presiden UMNO akan buat penggulungan

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas Umno malam ini memutuskan hanya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melakukan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2015 Sabtu ini.

Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti itu hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.

"Ucapan penggulungan seperti yang diputuskan tadi, apa yang berlaku pada perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri tadi, hanya ketua sahaja yang menggulung.

"Maka keputusan telah dibuat penggulungan akan dilakukan oleh presiden parti sahaja," katanya kepada pemberita selepas tamat mesyuarat itu di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Mesyuarat selama sejam itu dipengerusikan oleh Najib. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga naib presiden - Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta semua ahli MT.

Perhimpunan Agung Umno akan bermula esok dengan majlis perasmian dilakukan Presiden parti di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Ketika ditanya agenda mesyuarat MT khas itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat MT juga tidak membincangkan mengenai tindakan disiplin atau tatatertib, sebaliknya menegaskan semua pemimpin utama parti masih kekal memegang jawatan mereka.

"Jadi tidak timbul mengenai masalah spekulasi yang berada di luar sana. Maka janganlah membuat spekulasi yang agak negatif....apa yang telah diputuskan,

itulah yang akan dilaksanakan," katanya.

  
DAFTAR SINI

Ahmad Zahid menjelaskan mesyuarat malam ini membincangkan dua agenda sahaja, iaitu laporan anggota Majlis Tertinggi tentang persidangan yang diadakan ketiga-tiga sayap parti dan usul yang dibentangkan, iaitu ucapan dasar, ekonomi, agama dan pendidikan..

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata mesyuarat MT khas itu turut membincangkan persiapan terakhir perhimpunan yang
akan berlangsung esok.

Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan mesyuarat yang bermula 8.30 malam itu berjalan lancar, dalam situasi normal dan Umno telah bersedia untuk memulakan persidangan.  

Sementara itu, Muhyiddin dan Mohd Shafie ketika ditemui pemberita turut mengesahkan mereka akan hadir ke perhimpunan itu esok.

Perhimpunan agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Majlis perasmian esok akan dimulai dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra pada pukul 9 pagi, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib di Dewan Merdeka, di hadapan 2,762 perwakilan.

Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung Umno serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri
perhimpunan kali ini.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng