Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 30, 2015

PAS MENUJU KEHANCURAN...


 Image result for pas hancur
ramziredang

"Enam tahun yang lalu saya pernah menulis artikel bersiri, "PAS Menuju Kehancuran", sementara artikel ada gerakan jatuhkan husam pula hanya disiar setengah jam sebelum ditarik balik dari paparan umum di tranungkite dot net. Kini enam tahun berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat menilai betapa hancurnya PAS sekarang.

Yang tak rasa ianya hancur hanya orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja. Kenapa saya memilih tajuk 'PAS bukan lagi mertabatkan Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya. Banyaknya perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan umat. Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang yang mulia, ikhlas, amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda sangat terpuji.

Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam" Akhlaq berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku. Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam.

      

TGNA DAN RAMADAN

Nik Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.

Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.
 

Isnin, Jun 29, 2015

HOT!! : PROF BELASAH TERUK..MENTERI UMNO...

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.

Ahad, Jun 28, 2015

PANAS!!! : PEMIMPIN PAS SEKARANG MEMALUKAN ISLAM...

 

Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.

"Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.

"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam," katanya.

Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti, tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan keadaan.
 

Islam itu mudah...tapi jangan dipermudahkan

  Image result for islam
 
MENJADI Muslim adalah suatu perkara yang mudah. Berasaskan lafaz syahadah seseorang boleh menjadi Muslim. 
 
Manifestasi daripada syahadah terbina dengan ibadah, mematuhi syariah untuk menjadi manusia berakhlak dan berdisiplin. 
 
Etika dan disiplin adalah sesuatu yang amat penting bagi seseorang Muslim apalagi Mukmin.
 
Islam menjadi mudah kerana adanya asas aqidah dan menjadikan keyakinan kepada Pencipta landasan beragama. 
 
Ibadah terjadi kerana hikmah daripadanya amat besar dan nyata, syariah dipatuhi supaya ada disiplin pada diri dan tahu batas larang dalam kehidupan dan akhlak menjadi pakaian diri supaya menjadi cerminan kepada yang lain.
 
Bila asas-asas Islam itu diingkari dan dipermudahkan, umat Islam sering terdedah dengan syirik, kesesatan dan sikap melampau. 
 
Melakukan solat umpamanya ikut sempat dan kelapangan diri, asas syariah dalam hukum-hakam yang memandu kehidupan tidak dipatuhi dan akhirnya sahsiah Islami tidak terlihat dan dirinya tidak menjadi sumber teladan dan ikutan orang lain.
 
Mudahnya Islam kerana apa saja yang dilakukan meninggalkan kebaikan kepada penganutnya. 
 
Melakukan solat mendidik hati menjadi hamba yang taat dan khalifah yang amanah. 
 
Lantaran solat yang khusyuk dan fokus membawa resam patuh, akur dan tunduk. 
 

Sabtu, Jun 27, 2015

HOT!! : "PERHIMPUNAN PERJUANGAN BERMULA DI SINI" DI DENGAR OLEH 1 JUTA PENDENGAR DI RADIO dPEDAS FM

Nizar, Awang Ahmad dan khalid samad

TEMERLOH - 'Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini' bagi memberi penjelasan mengenai penubuhan parti baharu oleh pemimpin Pas yang tersingkir pada muktamar lalu hambar, walaupun hanya tinggal sebulan sebelum parti itu dilancarkan.

Perhimpunan itu yang menampilkan bekas Menteri Besar Perak, Mohammed Nizar Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Awang Ahmad; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; bekas Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Abd Malik dan Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri itu hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang.

Malah terdapat juga sebilangan pengunjung yang meninggalkan perhimpunan itu semasa ceramah yang secara amnya 'menzahirkan' kekecewaan kepada barisan kepimpinan baharu Pas, khususnya terhadap presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad atau lebih dikenali sebagai UAA (Ustaz Awang Ahmad) dalam Pas berkata beliau tidak nampak bagaimana 'kerosakan' dalam Pas sekarang boleh dibaiki kerana 'hasil' muktamar kali ke-61 lalu melahirkan pucuk pimpinan yang sukar untuk berubah. 

HOT!! : ASB bernilai RM7j dibekukan

 Wang
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai lebih RM7 juta milik pemegang Sijil Anak Negeri Sabah yang palsu.
 
Jumlah itu melibatkan 14 individu yang dipanggil oleh SPRM Sabah baru-baru ini.

Seramai 34 pemegang Sijil Anak Negeri Sabah setakat semalam.

"Akaun ini dibekukan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," kata sumber.

Pemegang-pemegang Sijil Anak Negeri yang dianggap sebagai Bumiputera Sabah antara lain boleh memohon mendapatkan keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputera Sabah, termasuk mendapatkan simpanan ASB.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen tidak sah.
 

HOT!! : TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA YANG TIDAK MASUK AKAL..

Kemasukan tidak masuk akal
 
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini adalah satu keputusan yang tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abd Hamid.
 
Menurutnya, jumlah itu terlalu besar apatah lagi jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 sudah mencecah 2.1 juta.
 
“Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih daripada empat juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut menyatakan keadaan ini sangat membimbangkan.
 
“Ini bermakna jika dasar ini dilaksanakan, jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 

Jumaat, Jun 26, 2015

HOT!! : PAKATAN BARU HARAPAN RAKYAT MALAYSIA SEKARANG...

Hanipa Maidin
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tidak menolak kemungkinan rakyat masih menaruh harapan tinggi terhadap gabungan parti politik pembangkang baharu bagi menggantikan PR yang sudah berkubur.

Beliau berkata, walaupun PR sudah berkubur, namun rakyat masih memerlukan pakatan pembangkang itu dan parti yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan progresif 18 (G18) bakal meneruskan agenda untuk menjatuhkan Umno-BN pada PRU14 nanti. 

“Saya rasa rakyat masih perlukan PR, bila PR tidak berfungsi atau tidak wujud, sudah tentulah rakyat menunggu satu pakatan baru sama ada PR atau apa saja.

“Rakyat yang tidak suka kepada BN, mereka sedar dan tahu bahawa satu-satu cara untuk menjatuhkan BN mestilah ada pakatan parti-parti politik. Mereka yang sebelum ini telah beri harapan kepada PR, bila PR berkecai, mereka mengharap pakatan baru,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

HOT!! : DR MUJAHID NASIHATKAN PRESIDEN PAS..

 

Seorang bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata beliau berharap kenyataan balas yang lebih "matang" daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pemimpin dan anggota PAS yang mencari pakatan baru di luar parti, berbanding berkata mereka akan "tenggelam".

MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk" apabila presiden mengeluarkan surat terbuka kepada ahli PAS.

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.



Khamis, Jun 25, 2015

HOT!!! : ANAK BUAT REPORT POLIS..

Beli saham: Anak gesa FGV disiasat
 
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak pihak polis menyiasat urus niaga Felda Global Venture (FGV) yang didakwa membeli saham dari sebuah syarikat ladang di Indonesia pada harga lebih tinggi dari pasaran.
 
Pengerusinya, Mazlan Aliman mendakwa, syarikat multinasional dalam bidang perladangan itu telah membeli saham tersebut pada harga Rp700 (RM0.20) seunit berbanding harga belian di pasaran pada kadar Rp400 (RM0.11).
 
"Tidak sepatutnya dibayar hampir 100 peratus tinggi daripada harga pasaran kerana sebahagian besar tanah masih belum ditanam dengan sawit dan belum menjana apa-apa hasil," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan turut melahirkan kebimbangan apabila urus niaga pada harga yang luar biasa tinggi itu tidak memihak kepada FGV.
 

HOT!!! : PEMIMPIN PAS BARU DAH MULA GOYANG KAH???

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sejarah telah membuktikan penubuhan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu sebelum ia hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah.

"Berdasarkan sejarah yang ada di Malaysia, parti-parti serpihan ini tiada yang bertahan. Contohnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), semuanya berkubur.

"Kita tidak menghalang (penubuhan parti baharu) cuma kita sebut sejarah supaya boleh dijadikan iktibar. Tetapi kalau mereka rasa yakin, tiada masalah dan bukan kuasa kita untuk menghalang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Rabu, Jun 24, 2015

HOT!! : KUMPULAN HABIS HUJJAH MENGAMOK...

Pertikai kenapa ahli majlis bagi arahan

GEORGETOWN - Umno Pulau Pinang menyifatkan Kerajaan Pulau Pinang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi apabila bertindak merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno, Jalan Macalister, Jumaat lalu.

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan negeri sengaja cari pasal dengan Umno dengan merobohkan struktur logo itu sedangkan notis yang diberikan meminta supaya memberhentikan kerja pemasangan.

“Umno kesal dengan kejadian tempoh hari. Mengapa Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail membenarkan seorang ahli majlis memberi arahan kepada penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk melakukan kerja-kerja ini?

“Oleh demikian, kita menyerahkan satu memorandum kepada MBPP bagi membantah tindakan itu. Mereka masih keluarkan notis berhenti kerja serta merta walaupun pemilik bangunan, JKP Sdn Bhd sudah mengemukakan rayuan,” katanya kepada media di Tingkat 3, Komtar hari ini.

Terbaru : Wawasan Almarhum UFN dan Almarhum TGNA - YB Khalid Samad


Foto Saya


Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

PENDEKATAN BAHARU

Melalui pendekatan baharu yang bersifat inklusif, kedua mereka telah berjaya mengubah imej PAS dan dengan itu membetulkan imej Islam itu sendiri. PAS mula dilihat sebagai parti yang membela nasib rakyat dan Islam ditonjolkan sebagai agama pembawa rahmat untuk seluruh manusia. Hasil dari itu maka penerimaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan semakin ramai menjadi ahli untuk menggerakkan wawasan yang dibawa mereka berdua.

Perjuangan PAS yang dibawa dijelaskan mereka berdua melalui bahasa-bahasa kontemporari berhubung keadilan, ketelusan, kebajikan dan ‘good governance’ atau tata kelola yang baik. Mereka mengambarkan betapa nilai dan akhlak Islam menjamin pentadbiran yang telus dan adil dan betapa ianya akan mendatangkan manfaat kepada semua manusia. Oleh kerana bahasa dan mesej yang bersifat inklusif, maka PAS telah mampu menghasilkan suasana kondusif untuk memungkinkan kebersamaan rakyat, NGO dan parti pembangkang yang lain.


Selasa, Jun 23, 2015

YES!! : BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA..


DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau hari ini:

"Saya mulai dengan mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua.

Saya sedar walaupun beberapa perkara telah berlaku akhir-akhir ini, niat dan semangat Pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola dan autoritarianisme Barisan Nasional, terus utuh.

Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

Pada masa yang sama, walau apa pun, Pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Parlimen.

Tekanan dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik seperti Pakatan Rakyat; ianya tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

HOT!! : LAGI... PEMUDA PAS RASA TERGUGAT..

 Pas yakin ahli tolak parti baharu

CHENOR - Pemuda Pas Kawasan Maran yakin rakyat akan menolak parti baharu sekiranya ditubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana dipelopori golongan yang tidak amanah dalam pelbagai aspek.

Setiausaha Pemuda Pas Kawasan Maran, Mohd Shamsuri Hussin berkata, majoriti ahli Pas tidak menyokong Pasma yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada ahli parti itu kerana cenderung memperlekeh kepimpinan Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ahli Pas mengenali individu yang terlibat dengan Pasma bukannya ‘role model’ dalam Pas.

“Berhubung Muktamar Pas Pusat lalu, Pemuda Pas Maran turut terkilan dengan kelompok yang tidak berlapang dada dalam menerima keputusan muktamar tersebut sehingga wujud pelbagai fitnah dan tohmahan.

Isnin, Jun 22, 2015

PEMUDA PAS KELANTAN TERASA BAHAMNYA..KIKIKIKI

Ahli Pas kena bertenang

KOTA BHARU - Ahli dan penyokong Pas diminta bertenang serta tidak panik dengan perkembangan berlaku kebelakangan ini terutama selepas pemilihan pucuk pimpinan pada Muktamar Tahunan Kali ke-61, dua minggu lalu.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keadaan dilihat semakin tidak terkawal berikutan pengumuman beberapa bekas pimpinan parti tersebut yang tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baharu sebagai wadah selepas tewas dalam pertandingan untuk menduduki jawatan tertentu dalam Pas.

“Pergolakan dalaman adalah sesuatu yang lumrah berlaku dalam parti politik, khususnya selepas berlakunya pemilihan parti.

“Namun, ia diyakini hanyalah perkembangan sementara dan situasi dalaman akan tenang semula selepas masing-masing, pihak yang bersaing dapat menerima hakikat dan kembali bekerja untuk menguatkan parti,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pemuda Pas Kelantan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, kelmarin.


BERITA YANG MEMENINGKAN UMNO/BN KAH KAH KAH KAH..

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

BUKIT MERTAJAM - Biarpun Pakatan Rakyat (PR) telah diisytihar tidak lagi wujud, namun kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR masih diteruskan, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Masjid Jamek Kampung Pelet dekat sini hari ini, Dr Wan Azizah berkata, beliau mempunyai pandangan optimis terhadap semangat yang ada dalam pakatan pembangkang.
 
Pada Rabu lepas, beliau dilaporkan mengakui bahawa gabungan politik pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal.
 
Keadaan itu, katanya, berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar Pas Ke-61, manakala Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pula telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR,


Sabtu, Jun 20, 2015

HOT!! : DAP nafi tuntut MB pecat Exco PAS

 

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan pihaknya meminta supaya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memecat exco PAS dan membubarkan DUN negeri itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Pua menganggap laporan akhbar berbahasa Cina itu sebagai "tidak tepat" dan "mengelirukan".

Malah, Pua berkata pembubaran DUN adalah  perkara yang perlu dielakkan dan ia merupakan pilihan terakhir sekiranya kemelut Pakatan masih berlanjutan.

Sehubungan itu, Pua berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah Pakatan untuk dibincangkan bersama Azmin.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan menteri besar. Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan-cadangan beliau," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.



HOT!! : PAS KELANTAN MENARUH HARAPAN DENGAN KERAJAAN UMNO..HE HE HE..

Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Pas Kelantan memberi ‘peluang’ kepada Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kita tunggulah bulan Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya, kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisanlah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

      

Jumaat, Jun 19, 2015

KENYATAAN PANAS TERKINI!! YB KHALID SAMAD


Foto Saya 


Minggu Pertama Selepas Muktamar Ke-61

Muktamar PAS ke-61 telah berakhir pada hari Sabtu 6 Jun 2015. Saff pimpinan baru yang dipilih menjanjikan satu perubahan dan perbezaan berbanding yang sebelumnya. Ada yang menamakan perubahan saff kepimpinan sebagai kejayaan mengembalikan PAS kepada “landasan yang betul”; kononnya berubah kembali seperti asalnya. Kata-kata ini seolah-olah menuduh pimpinan sebelum ini telah menyimpang dari landasan asal PAS.

Maka ahli menunggu-nunggu supaya pembaharuan dan perbezaan ini dizahirkan. Pada masa sama, mereka menunggu juga penjelasan berhubung penyimpangan yang telah dilakukan pimpinan lama. Mereka ingin tahu samada pendekatan Almarhum TGYR, UFN dan TGNA turut dianggap sebagai suatu penyimpangan dari landasan asal PAS.

Namun walau apa pun, yang menjadi bahan perbahasan dewasa ini, setelah lebih seminggu pimpinan baru memegang tampuk kepimpinan adalah 3 persoalan besar berhubung dengan muktamar Ke-61, iaitu:

1. Usul Dewan Ulama PAS Pusat yang menuntut dan mendesak AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP sambil mengukuhkan PR bersama PKR,

2. Keperluan untuk kumpulan pegawai yang dilantik oleh kerajaan Pulau Pinang meletak jawatan atau sebaliknya dan

3. Perletakan jawatan Saudara Mazlan Aliman dan penolakan jawatan oleh beberapa bekas pimpinan apabila ditawarkan jawatan.

TERKINI!!! : KENYATAAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM ISU PAKATAN RAKYAT..

 Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketiga-tiga PKR, DAP, dan Pas harus meletakkan fokus terhadap pembelaan nasib rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun PR rakyat kini sudah berpecah, kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut harus dikekalkan demi rakyat.


"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal PR. Namun secara hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih perlu ditekankan di peringkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Dewan Rakyat.

Khamis, Jun 18, 2015

HOT!!!!!!!!! : MAZLAN JAWAB TUDUHAN DR ZUHDI

 

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar ahli Jawatankuasa PAS Dr Zuhdi Marzuki supaya menjelaskan bagaimana NGO itu boleh dianggap "radikal".

"Adakah dengan menyuarakan (isu) penindasan (terhadap peneroka) dianggap radikal? Adakah mengambil tindakan saman dan mengadakan demonstrasi (terhadap Felda) dikatakan keterlaluan?

"Jika itu yang dikatakan radikal dan keterlaluan, saya tiada ada masalah. Yang penting kita menjadi suara alternatif kepada masyarakat Felda.

"Ini adalah cara kita untuk memberi pandangan terhadap isu ketidakadilan dan penindasan yang berlaku," kata presidennya Mazlan Aliman ketika dihubungi Malaysiakini semalam.



HOT!! : AKIBAT SOMBONG, EGO, TIDAK TEPATI JANJI..PAKATAN RAKYAT HAMPIR HANCUR..

 PR

SHAH ALAM - PKR akan meneruskan semangat PR yang diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU12 walaupun DAP telah menyatakan pakatan itu telah tamat riwayatnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lewat petang tadi berkata, PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung lebih empat jam semalam.

Dalam kenyataan itu juga, PKR melahirkan rasa kesal keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat PR yang dianggap tindakan tergesa-gesa.

DAP membuat keputusan itu tengah hari semalam selepas Muktamar Pas ke 61, baru-baru meluluskan usul Dewan Ulama Pas tanpa bahas menamatkan hubungan dengan DAP.


Rabu, Jun 17, 2015

KENYATAAN TERKINI!! TUAN HAJI MAT SABU..

 

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata masa depan politiknya masih belum jelas selepas berasa “dihalau” dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor minggu lalu.

Katanya, keadaan di muktamar itu seperti “pembersihan etnik' pemimpin profesional dan pro-Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pemilihan jawatan pusat PAS.

Mohamad dan kumpulannya kalah teruk dalam pemilihan setiap dua tahun itu kepada kumpulan proulama yang mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata akan membuat keputusan berhubung masa depannya dalam PAS selepas hari raya Aidilfitri pada pertengahan Julai nanti.



      

HOT!! : MENTERI UMNO/BN TAK ADA KUASA..

Isu topup: Menteri asyik kata tiada kuasa

KUALA LUMPUR - 'Menteri asyik kata tidak ada kuasa," demikian reaksi Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan berhubung isu kad prabayar yang akhirnya tidak selesai apabila rakyat tetap dikenakan caj GST meskipun beberapa kenyataan menteri berkaitan sebelum ini seolah-olah memberi harapan kepada pengguna.

Jika menteri tidak ada kuasa mengawal syarikat-syarikat telekomunikasi, beliau mempersoalkan tugas sebenar menteri tersebut sehingga 'membenarkan' syarikat-syarikat tersebut membuat keputusan sendiri untuk rakyat.

"Jawapan daripada menteri selalunya sekarang ini ialah 'kami tidak ada kuasa'. Dah dua tiga kali saya dengar dan kali terakhir, hari ini. Asyik kata 'kami tiada kuasa', kemudian apa tugas menteri?

"Awak tak boleh kawal syarikat telekomunikasi, tak boleh panggil mereka dan bincang dengan mereka, tak boleh beritahu mereka apa yang perlu dipatuhi, 'then what are you doing?'.


Selasa, Jun 16, 2015

HOT!! : PAKATAN RAKYAT BUBAR...KERANA PRESIDEN PAS LANGGAR JANJI..

lim guan eng

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Gabungan Pakatan Rakyat yang terjalin sejak 2008 kini sudah tidak wujud lagi, umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan media berkata, parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, Pakatan Rakyat kini sudah terbubar.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” ujarnya.

Menurut Guan Eng, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat CEC DAP semalam.

“Pelanggaran janji yang dibuat sendiri oleh Abdul Hadi dalam Pakatan Rakyat iaitu pada Majlis Pimpinan pada 10 Februari bagi membincangkan undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Majlis Pimpinan sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dilanggar oleh Abdul Hadi.

PANAS!!! : AHLI PAS SEUMUR HIDUP DARI TRG KELUAR PARTI...

 Othman Ismail
 
KUALA TERENGGANU - Ahli Pas seumur hidup, Othman Ismail mengumumkan keluar parti Pas yang disertainya sejak 1979.
 
Beliau yang juga Ketua Pasma Parlimen Kuala Terengganu memberitahu akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dengan segera bagi memaklumkan mengenai keputusan tersebut.
 
“Keputusan keluar parti adalah berdasarkan persefahaman, iaitu semua dan penyokong Pasma keluar Pas,” katanya.
 
Bagaimanapun, pengumuman awal mengenai perkara itu telah dibuat melalui laman Facebooknya, Rahmat Wel, kelmarin dan tindakan itu selari dengan kenyataan Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, untuk menggerakkan usaha mewujudkan sebuah parti baharu.
 

Isnin, Jun 15, 2015

PANAS!! : BERITA TERGEMPAK..AJK PAS PUSAT YANG BARU LETAK JAWATAN..

 

Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa PAS meletak jawatan tersebut serta merta hari ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan bersama PAS sebagai anggota parti.

"Saya akui peletakan jawatan saya ini ada sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kekalahan yang dialami oleh rakan-rakan saya yang lain menjadikan ia luka dalam.

"Ia satu titik hitam selama 30 tahun saya berkecimpung dalam PAS," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Mazlan berkata beliau meletakkan jawatan itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada beberapa NGO yang diketuainya termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

      

HOT!! : KATA MAT SABU..UMNO MESTI DI KUBURKAN...

 

Selepas seminggu pemilihan PAS berakhir, pemimpin yang dikaitkan dengan kumpulan progresif dalam parti itu membuat kemunculan depan umum malam tadi, yang mereka anggap sebagai mahu menguburkan Umno.

Bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin parti itu di Kuala Lumpur berkata kemenangan Umno mesti dinafikan dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun apa jua yang berlaku selepas ini.

Seruan tersebut hadir di tengah-tengah kemelut masa depan Pakatan Rakyat yang membabitkan dua parti dalam gabungan pembangkang itu, PAS dan DAP yang semakin meruncing.

"Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang...

"MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal.



HOT!! : BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NASIHAT PAS..

 Nasharudin Mat Isa

BANGI - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mengulang lagi gesaan yang pernah dibuat sebelum ini agar Pas menilai semua hubungan parti Islam itu dengan rakan komponennya, DAP.

Menurutnya, bukti telah jelas apabila DAP secara terbuka menyerang Pas dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya telah menyatakan pendirian saya dalam konteks hubungan Pas - DAP ini empat tahun lepas. Apabila saya buat kenyataan, Pas perlu menilai semula hubungan itu.

"Pada hari ini, telah jelas terbukti bagaimana secara terbuka DAP menyerang kepimpinan Pas dan presiden. Bagi mereka bukan hanya sekadar anti-Pas, mereka juga anti-Islam," katanya ketika ditemui di Kenduri Perpaduan Ummah Komuniti, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Ahad, Jun 14, 2015

HOT!! PARTI ISLAM BARU AKAN BERSINAR DAN KUAT..

 Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.

SHAH ALAM - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau menaruh keyakinan bahawa parti baharu yang digerakan oleh persatuannya akan bersinar dan mampu menjadi parti yang kuat.

Katanya, ini kerana konsep parti baharu itu sesuai dengan konsep dinamik yang berlaku di negara ini.
"Konsep parti baharu ini adalah lebih bersifat sederhana, ia terbuka kepada semua kaum di negara ini.
"Saya yakin ia sebuah parti yang kuat," katanya ketika sidang media Pasma di Shah Alam semalam.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita adakah parti baharu itu akan senasib seperti parti-parti serpihan lain, Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) misalnya, Phahrolrazi berkata 'ia mungkin tidak akan terjadi'.
"Berjasa Pro BN, berbeza dengan parti baharu ini, ia Pro PR,itu lain berbeza..jadi bila parti yang  Pro BN ini, BN hanya hendak perlalat parti baharu sebab itu parti itu tidak boleh hidup , kita lain kita nak jadi satu komponen yang aktif ," katanya.

BERITA TERKINI!! : PAKATAN RAKYAT MESTI DIKEKALKAN..

'Jika dicongak PR sudah berkubur'

IPOH - Jika dicongak atas nama, PR itu sudah tidak ada, kata ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusoff Rawa ketika mengulas tentang pertelingkahan yang berlaku antara Pas dan DAP.

Menurutnya, PR lahir daripada kerjasama politik yang terbentuk melalui tiga parti pembangkang dan jika ada yang menarik diri, gabungan itu dilihat gagal.

“Kita menang atas nama PR, kita masuk bersama dan apabila salah satu daripada tiga parti ini terkeluar, itu bukan lagi dinamakan PR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai panel pada Wacana Politik Baharu (Siri 1), Berkuburkah Pakatan Rakyat?, di sini, semalam.

Hadir sama sebagai panel Timbalan Pengerusi PKR Perak, Lee Boon Chye dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel yang juga penganalisis politik, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin selain Pengarah Strategik PKR Perak, Madhi Hasan sebagai moderator.

      

Sabtu, Jun 13, 2015

HOT!! : DRAMA TERKINI NAJIB KAH KAH KAH KAH KAH..

 

Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad.


HOT!! : PAS YAKIN DENGAN UMNO/BN..

Takiyuddin Hassan

KOTA BAHRU - Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata,  berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan  kerajaan  akan membenarkan  usul itu  dibentangkan.

“Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga.

“Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini  akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

      

Jumaat, Jun 12, 2015

KAJIAN : 60 PERATUS PENYOKONG PR BERHARAP PR TERUS KEKAL..

Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Tidak mustahil wujud pihak tertentu yang berusaha menubuhkan parti Islam baharu menggantikan Pas, seterusnya menjalinkan hubungan dengan rakan komponen PR.

Naib Presiden Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, ia dijangka berlaku jika Majlis Syura Ulama mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP.

“Bila putus hubungan, secara automatik Pakatan Rakyat (PR) dianggap bubar kerana PR dibentuk atas gabungan tiga parti.

“Saya yakin jika keadaan ini berlaku, sebahagian besar penyokong Pas tidak dapat menerima dan mereka sudah tentu akan berbuat sesuatu seperti keluar Pas atau sekurang-kurangnya menghentikan semua penglibatan dan hubungan mereka dengan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa menyifatkan ahli Pas akan akur jika ditakdirkan Majlis Syura Ulama memutuskan untuk tidak mahu bersama DAP lagi.


TERKINI!! : KWSP DEDAH PELABURANNYA..

 

Kementerian Kewangan menyatakan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyalurkan sebanyak RM80 bilion kepada syarikat berkaitan kerajaan sehingga Mac 2015.

Sebahagiannya, sebanyak RM25.29 bilion dilaburkan dalam syarikat kontroversi Pembinaan PFI Sdn Bhd.

“Jumlah pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat GLC adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon atau sukuk di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank,” jawapan itu dipetik.

MP PAS itu meminta kerajaan menyenaraikan jumlah pelaburan KWSP dalam GLC berkenaan, terutama dalam Pembinaan PFI, 1MDB dan Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Kementerian itu juga mengakui bahawa pelaburan KWSP dalam 1MDB dihadkan kepada RM200 juta, yang dijamin oleh kerajaan.



Khamis, Jun 11, 2015

HOT!! : PEMIMPIN PAS YANG BARU MEMALUKAN...

 Lim Guan Eng
 
GEORGETOWN - Keengganan kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang adalah sangat memalukan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
Malah, katanya tindakan empat Ahli Majlis Pas dalam Majlis Bandar raya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada Pas di mata orang ramai.
 
"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan ahli biasa Pas di Pulau Pinang. Malangnya, kepimpinan Pas yang baharu dan penyokong mereka di Pulau Pinang masih tanpa segan silu memegang jawatan kerajaan negeri.
 
"...walaupun menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang secara langsung atau tidak langsung berfungsi untuk melemahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dan terdiri daripada Exco negeri DAP yang lain, jelas kepimpinan Pas yang baharu bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka tetapi juga prinsip-prinsip mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 

HOT!!! : LAGI DAP SEKOLAHKAN PEMIMPIN PAS..

 

PAS dan DAP kini terus ungkit mengungkit kesalahan masing-masing selepas kemelut susulan keputusan muktamar PAS yang menerima usul memutuskan hubungan dengan sekutunya itu.

Setelah pemimpin PAS mendakwa Pulau Pinang “kerajaan bersama” kerana dimenangi bersama dalam pilihan raya umum lalu, DAP pula berhujah sebaliknya.

“Cubalah tanya diri sendiri, berapakah kerusi yang dimenangi oleh PAS selama ini?” soal Ketua Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik.

Anggota Parlimen Tanjung itu juga berkata dalam empat pilihan raya – daripada 1999 hingga 2013 – PAS hanya menang satu kerusi saja di Permatang Pasir.

Kerusi itu kini diterajui oleh Salleh Man.



Rabu, Jun 10, 2015

HOT!! : KERAJAAN UMNO/BN BERGEGAR..

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Tiga Menteri Kabinet hari ini menafikan wujudnya komplot menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang namanya disebut dalam komplot tersebut hanya ketawa apabila disoal mengenai perkara itu.

"Saya tidak fikir mahu melayan konspirasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

‎Sebelum ini, blogger yang juga bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin‎ dalam tulisannya mendakwa Najib bakal melakukan rombakan Kabinet tanpa Muhyiddin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan menggantikan tempat Muhyiddin.


TERKINI!! : USTAZ AHMAD AWANG TIDAK AKAN SERTAI PASMA

 

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS minggu lalu.

Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.

“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.

“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.

"Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.



NAJIB DI JADIKAN BAHAM LAWAK KAH KAH KAH KAH KAH

Video pokemon 'Najib, Tun M' menjadi viral

SEBUAH video permainan popular Pokemon yang diubahsuai dengan menampilkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohammad dimuatnaik dan menjadi viral, hari ini.

Tinjauan Sinar Online mendapati hampir 30,000 pelayar menonton video tersebut dan dikongsi oleh 4 ribu pelayar yang lain.

Video tersebut yang menjadikan kemelut antara Najib dan Dr Mahathir sebagai bahan jenaka bagaimanapun telah mendapat reaksi berbeza, termasuk dikritik sesetengah pelayar.

Video tersebut dimuatnaik ke laman sosial Facebook dan juga laman video Youtube.

Selasa, Jun 09, 2015

HOT!! : NIK ABDUH KENA SEKOLAH...DENGAN PEMUDA DAP..

 Teo Kok Seong

SHAH ALAM – Dapsy berharap Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli parti itu kepada matlamat asal gabungan dalam PR.

Ketua Dapsy, Teo Kok Seong berkata, Pas wajar merujuk kembali manifesto PR sebagaimana yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti antara DAP, PKR dan Pas.

“Walaupun saranan ini sukar tetapi Nik Abduh perlu membuat demikian kerana beliau ada menyatakan ingin menyambung kembali ikatan antara Pemuda Pas dan Dapsy yang telah ‘membeku’.

“... kalau boleh saya berharap beliau mengingatkan Pas untuk kembali kepada manifesto PR seperti apa yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti,” katanya kepada Sinar Online.

Mengakui pernah mengumumkan untuk membekukan hubungan kerjasama antara Dapsy dan Pemuda Pas, Kok Seong berkata, hala tuju atau masa hadapan kedua-dua sayap parti pembangkang itu sukar untuk diteruskan.


HOT!! : YB KHALID SAMAD DEDAH KENAPA GOLONGAN PROFESIONAL DI TOLAK OLEH PERWAKILAN

Foto Saya


Paca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan

Muktamar PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya. Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama.

Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha dengan begitu gigih, DAN MATLAMAT TERCAPAI, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata.


      

Isnin, Jun 08, 2015

TERKINI!! : KENYATAAN HOT!! DARI MAT SABU.



Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa hari ini, pelbagai dakwaan yang sering dilemparkan kepada golongan progresif parti itu sebenarnya bagi membolehkan mereka yang berhajat mendapat kedudukan yang diidamkan.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, golongan yang berjaya memenangi pemilihan PAS kali ini, pada hakikatnya mahu berbaik semula dengan DAP.



"Sekarang saya dapat melihat; menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, agen DAP, hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

"(Apabila) sudah mendapat kedudukan, (mereka) cuba cari jalan berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat (PR) dari awal dinyahkan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Mat Sabu berkata, mereka yang cuba merampas kepimpinan parti kali ini menonjolkan idea baru dan cuba mendedahkan kelemahan serta prestasi penyandang jawatan pada sesi yang lalu.


      

HOT!! : MAT SABU SEORANG YANG BERPRINSIP..

Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil Pas dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.